Lorong itu,
bisa membuatkan diriku memikirkan siapa diriku,
Lorong itu,
yang menjunjung semangat pejuanganku,
Lorong itu,
memberi seribu makna erti sebuah kehidupan yang di hiasi dengan perjuangan,
Lorong itu,
walaupun berduri,bisa ku lalui di pentas perjuangan.
.: AHLAN WA SAHLAN :.
setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.
bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesihatan dan nikmat yang terlalu besar Allah kurniakan kepada kita.Allah s.w.t telah memberi rahmat dengan mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemandu kepada kehidupan kita.selawat dan salam ke atas baginda nabi s.a.w.
Sifat tawaduk adalah satu sifat yang mulia, seseorang
muslim yang mempunyai sifat ini akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah
SWT. Berlawanan dari sifat tawaduk adalah sifat sombong dan takbur.
Seorang muslim yang berakhlak mulia tidak sanggup
bersifat takbur serta membesarkan diri supaya di pandang tinggi oleh orang
lain.Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat masa kini masih meletakkan nilai
pangkat, kecantikan, harta kekayaan, keturunan sebagai asas untuk meletakkan
seseorang itu dipandang mulia atau sebaliknya.
Firman Allah SWT bermaksud :
"Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang
tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan
(kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa."
(Surah al-Qasas ayat 83)
Peringatan Allah ini mengingatkan kita bahawa
seolah-olah tiada kehidupan yang baik bagi orang yang sombong dan takbur di
akhirat kelak melainkan hamba-Nya yang bertakwa sahaja.Orang sombong tidak di
sukai Allah.
Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW kita
dapati baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati
serta tidak sombong, walaupun apabila berdepan dengan musuh. Bahkan sifat
pemaaf baginda SAW sepatutnya menjadi perangsang untuk membina ukuwah
Islamiyah dan silaturahim sesama saudara muslim.
Persengkitaan dan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat
kita hari ini adalah berpunca dari sikap umat Islam tidak mahu kembali kepada
ajaran Islam sebenarnya dan meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.Di dalam jiwa
masih menebal sifat takbur dan sombong, meremehkan orang lain untuk meninggikan
diri.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk Syurga orang yang dalam hatinya
seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya :Sesungguhnya
seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok."
Nabi SAW menjawab yang bermaksud, "Sesungguhnya
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan
meremehkan manusia."
Orang yang sombong suka menghina orang lain ketika di
dunia ini, di akhirat nanti mereka pula akan di hina oleh Allah , Allah tidak
akan memandang dan berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah
kehidupan yang sebenar-benar hina.
Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa
sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh di rampas
oleh sesiapa pun seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan
sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku daripada salah satu dari
keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya."
Bukan mudah mencabut akar umbi kesombongan yang sudah
bertapak dalam diri. Kerana itulah orang yang bersifat tawaduk cuba untuk
menghambakan diri serendahnya kepada Ilahi untuk menjauhi sifat takbur dan
riak.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengikut sunnah Rasulullah SAW, jalinilah dan perkukuhkanlah
hubungan persaudaraan Islam sesama kita, buanglah sifat kebencian dan
permusuhan kerana permusuhan itu adalah amalan syaitan yang di benci oleh Allah
SWT.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya
kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa tinggi daripada yang
lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."
Dalam
menjalani rutin kehidupan seharian,kita sudah pasti akan sentiasa bermuamalat
dengan individu/makhluk yang lain samada kenalan,guru,ibu bapa,saudara mara
ataupun sesiapa sahaja,bahkan jika duduk keseorangan di dalam hutan juga,ada
tuntutan muamalat di situ meskipun dengan haiwan dan tumbuhan.bermaksud,sebagai
seorang manusia ,faktor sekeliling kita adalah yang menjadi membentuk kita
tidak kira samada anda seorang muslim atau sebaliknya.
Sebagai
seorang muslim sebenarnya,islam mengajar kita cara-cara bermuamalat dengan
manusia,haiwan dan tumbuhan.inilah yang di sebutkan sebagai akhlak.akhlak
sangat penting dalam menilai sesuatu kehidupan seseorang,andai rosak akhlaknya
maka apalah yang dapat di harapkan lagi dari jasad yang gagah.keindahan yang di
bawa islam bukanlah sekadar syariatnya yang adil dan menyeluruh,bahkan
keindahan islam dapat di cerminkan daripada umatnya yang berakhlak.
Berakhlak
kepada manusia memungkinkan kita untuk menjadi ikon kepada umat agama
lain,bayangkan andai dengan guru kita hormati,dengan si ibu kita
berlembut,dengan si bapa kita menunduk hormat,dengan kenalan berbual
lembut.apakah lagi ada nilai lain yang menyebabkan si guru,si ibu,si bapa dan
kenalan memandang enteng terhadap kita?
Rasulullah
sebagai ‘ibu’ kepada Akhlak mulia telah menjadi contoh kepada kita tentang
keperibadian yang tinggi menghasilkan dakwah yang berkualiti,banyak kisah dalam
sirah nabawi bagaimana nabi s.a.w sangat berakhlak walaupun ketika baginda
s.a.w memerintah sebuah kerajaan.Pernah suatu ketika dating seorang arab badwi
menarik kain rida’/shawl baginda sehingga menimbulkan kesan merah di leher
baginda,lelaki badwi itu menuntut sesuatu daripada baginda,bahkan baginda
menunaikan tuntutan tersebut tanpa membalas sikap keras orang badwi
tersebut.Nah,inilah akhlak mulia yang di tunjukkan nabi s.a.w.
Islam juga
menitik berat soal berakhlak dengan selain manusia seperti haiwan dan
tumbuhan,haiwan dan tumbuhan juga merupakan makhluk yang bernyawa dan mempunyai
hak yang perlu dipelihara oleh manusia.Inilah agama islam yang sangat teliti
dalam akhlak,apakah ada lagi hujah yang boleh di buat untuk menyatakan islam
agama ‘therorist’ sedangkan hal berkenaan haiwan dan tumbuhan pun di
pelihara,apatah lagi nyawa manusia.berakhlak dengan haiwan dan tumbuhan juga
memungkinkan seseorang mencapai ‘Jannah’ seperti sebuah kisah seorang yang
masuk syurga hanya kerana memberi air
pada seekor anjing yang dahaga.Nabi s.a.w juga menunjukkan sebuah teladan yang
sangat baik dalam berinteraksi dengan tumbuhan dan haiwan seperti kisah pohon
kurma menangis apabila nabi s.a.w tidak lagi berkhutbah dengan memegangnya
lantaran mimbar baru yang di gunakan nabi s.a.w,bahkan begitu banyak kisah yang
dapat di teladani dalam berakhlak pada haiwan dan tumbuhan.
Percayalah
teman,andai kita mahu menggoncang dunia untuk membawa kalimah Allah,bermulalah
dengan akhlak yang terpuji.Sudah jelas,manusia mencintai kebaikan dan
kecantikan,justeru,akhlak yang terpujilah sebuah kebaikan dan kecantikan.Bahkan
lebih dari itu, islam akan lebih tersebar dengan akhlak yang Berjaya membawa
ummatnya kesebuah ‘Wilayah akhlak’ yang pasti dirindui oleh manusia yang waras
akalnya!
Sudah sekian lama
hamba tidak mencoretkan sesuatu untuk tatapan atau perkongsian bersama sahabat
semua lantaran ‘virus’ yang biasa menyerang manusia iaitu sifat MALAS
menulis.kadang-kadang hamba agak sibuk,tambahan banyak program yang terpaksa
hamba hadiri.
Selama setahun hamba
tidak mencoretkan sesuatu, sudah pasti sungguh banyak perkara yang ingin di
kongsikan tetapi terlalu terhad dalam ruangan ini,doakan semuanya dapat hamba
kongsikan untuk ilmu dan kehidupan kita agar sentiasa berada di landasan yang
benar berpandu kepada Al-Quran dan Sunnah.
“la tahzan,InnAllaha maa’ana”
( Jangan bersedih,sesungguhnya
Allah bersama kita )
Dalam kehidupan
seharian sudah pasti akan kita lalui masa kegembiraan.Semua orang akan gembira
bila dapat bersama keluarga dan berkongsi masalah tertentu,ada juga begitu
gembira bila tiba saat ulangtahun kelahiran,begitu banyak hadiah yang di
kirimkan oleh kenalan.Tidak kurang juga yang gembira dapat ‘bershopping’ tanpa
masalah kewangan.Terdapat juga gembira hanya disebabkan mendapat senyuman dari
seorang ‘guru disiplin’ yang sangat maklum sebagai seorang yang garang.tetapi
sedarkah kita kegembiraan ada regunya…Apakah regunya??
Ketahuilah setiap apa
yang wujud di dalam dunia ini ada regunya seperti hidup regunya mati,kanan
regunya kiri,kerusi regunya meja,lelaki regunya perempuan dan hanya Allah
sahaja yang tiada regunya kerana Allah maha Esa. Jadi,sudah pasti regu bagi
kegembiraan adalah KeDUKAan
Kedukaan adalah
perkara yang seringkali di lalui oleh setiap manusia,bahkan nabi s.a.w juga
merasa duka dengan pemergiaan isteri tercinta saidatina khadijah binti
khuwailid. Jika di zaman sekarang ini terdapat kedai atau farmasi menjual ‘ubat
duka’ sudah pasti, itulah ubat yang paling laris di pasaran kerana manusia memang akan pernah merasai duka.
Kedukaan bukanlah
penyebab kita rebah dalam perjuangan,bukanlah penyebab kita tewas dalam
kehidupan,bahkan jauh dari penyebab kita merungut pada Sang Pencipta.Sedarlah
kedukaan dalam kehidupan sebenarnya dapat merubah lemah menjadigagah, sengsara menjadi juara, bahkan kufur menjadi syukur.Tetapi untuk itu,Perlulah memandang kedukaan dengan POSITIF.
Dalam sirah
nabawi,kita ketahui bahawa Nabi s.a.w begitu duka dengan pemergian isteri
tercinta iaitu saidatina khadijah r.anamun kemudian Rasulullah s.a.w bangkit menyebarkan dakwah dengan
penghijrahan ke kota Taif,apabila tidak di terima di sana Rasulullah tetap
meneruskan strategi dakwah sehingga kejayaan yang di capai melalui perjuangan
nabi s.a.w yang panjang dan ber’duri’ itu,kita dapat merasai nikmat Iman dan
islam ,bahkan kita begitu bangga menyebut ‘saya adalah Muslim’ .Begitu
positifnya Nabi Muhammad s.a.w dalam menerima kedukaan.
Ketahuilah teman
kedukaan menyebabkan kita sedar akan segala yang dimiliki adalah pinjaman
daripada Allah s.w.t,bahkan Allah s.w.t sahaja yang berhak mengambil semula
pinjaman itu agar kita tidak lebih hayut dengan kegembiraan.Jadilah hamba yang
bersyukur apabila sampai kepada kegembiraan,jadikan kegembiraan itu lebih
mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta yang sememangnya sudah menyajikan
dalam kehidupan ini dengan segala nikmat.
Allahurabbi,hamba
begitu gembira dengan melihat seseorang yang POSITIF lalu bangkit dari kedukaan
dan mengejar kegembiraan yang kekal Abadi! Ketahuilah,Manusia yang Positif
adalah orang yang Hebat di sisi manusia bahkan mulia di sisi Allah.
assalamualaikum teman..
hari ini sudah memasuki 4 muharram 1434H. begitulah pantas masa berlalu, hari ini dunia terus tertumpu kepada isu palestin yang sekian lama masih tidak dapat di selesaikan.pasti,penyelesaian terbaik adalah dengan peperangan seperti yang berlaku kini,sesungguhnya bangsa yahudi zionis tidak faham 'bahasa mulut',mereka hanya faham 'bahasa senjata'.
lantas, ummah perlu tahu bahawa tentera israel takut akan jihad.ketakutan mereka bukanlah ketakutan yang diada-adakan ,tetapi itulah ketakutan sebenar seorang musuh.lihat teman,betapa izzahnya islam, namun pada hari ini,kata-kata semangat membebaskan PALESTIN,SYRIA,ROHINGA dan sebagainya mudah di ungkapkan atau di tulis dalam facebook,namun ketahuilah, perjuangan membebaskan palestin lebih jauh dari itu.
teman,
membebaskan palestin perlu hati-hati yang tegar berjuang,siang dan malamnya dengan ibadah,paling tidak berjemaah di masjid atau surau,tidak hanya menulis bingkisan semangat sehingga solat pun entah ke mana. kita tahu zionis takut dengan islam,zionis gerun dengan tentera islam,tetapi teman,kita tidak menggunakan peluang yang terhidang.israel takut andai yang berjuang adalah pemuda-pemuda yang solatnya sentiasa berjemaah,hati nya sentiasa merasa tunduk dengan Allah s.w.t.
teman,
penulis bukanlah orang arab,jauh sekali penduduk palestin,bahkan tidak pernah sekali memijak bumi palestin,palestin bukan seperti bumi malaysia ataupun indonesia,bahkan jauh lagi mulia dari itu,bumi ini terletaknya al-quds yang merupakan kiblat pertama umat islam,bumi ini menjadi saksi tersebarnya dakwah islamiyah,bumi ini menjadi saksi kepada ujian yang menimpa para anbiya', bumi ini jugalah menjadi saksi terhadap kisah isra' dan mikraj nabi s.a.w.tanah ini jugalah pernah di pijak oleh ramai anbiya',salafusoleh dan golongan ulama' dalam menyebarkan dakwah, bahkan,bumi ini salah satu dari tiga tempat yang kita di sarankan supaya bersusah payah menziarahinya.jadi,mana mungkin kita ummat islam lupa akan tanah ini. tanah ini hak milik umat,bukan sahaja rakyat palestin.
justeru,usahalah semampu yang mungkin untuk membebaskan tanah ini,andai tidak mampu dengan jihad senjata,jihadlah dengan apa yang ada.penulis yakin anda lebih tahu kebolehan anda untuk islam!
palestin,
terdengar khabar mu lantas ku tumpu
dari kejauhan aku merasa malu,
mengenangkan perjuangan yang tidak menentu
terkadang lumpuh walau ku mampu.
palestin
walaupun jauh beribu batu,
pasti,doaku hadir datang membantu.
Ya Allah,
selamatkan palestin,
Alhamdulillah,sudah
sekian lama,akhirnya hamba di beri sedikit ruang dan peluang oleh Allah untuk
mencoretkan sesuatu perkongsian dengan sahabat pembaca sekalian.semoga sahabat
pembaca dalam keampunan dan rahmat Allah.sebelum hamba pergi lagi
jauh,bertepatan dengan bulan barakah,hamba mendoakan hamba dan sahabat semua
dapat menjalani ibadat puasa dengan keimanan yang sentiasa segar.
Ramadhan
tahun ini,hamba menjalani ibadat puasa ‘full time’ di rumah,setelah hampir 9 tahun tidak dapat puasa ‘full’ di kampong
halaman.Alhamdulillah,hari-hari di rumah sangat menerujakan hamba, masakan mak
hamba yang sentiasa menaikkan selera,inilah air tangan seorang ibu yang memasak
dengan ‘hati’,with’ iman’.Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mak
hamba dan ibu-ibu sahabat semua.
Ramadhan ,
Namamu sering di sebut,
Tanda iman tidak luput,
Hadirmu sering di jemput,
Itulah rahmat yang tidak
pernah reput,
Ramadhan
Hadirmu bukan sekali seumur
hayat,
Tanda iman perlu ditingkat,
Ibadah sunat terus diangkat,
Pelembut hati menghidup
berkat.
Seperti
tahun sebelum ini ,penghayatan dan tema
Ramadhan bukanlah berubah seperti tema kemerdekaan Negara yang sentiasa
berubah dari tahun ke tahun sehinggakan tema yang tidak masuk akal terpancul,
tetapi penghayatan Ramadhan adalah sama dari tahun ke tahun,amalan dalam
ramadhan juga tetap sama dari dulu,sekarang , dan tahun hadapan hatta “yaumul
qiyamah” seperti puasa,dhuha, terawih,qiam,tadarus kerana Al-Quran tidak pernah
berubah. Hamba yakin pembaca juga sedar setiap tahun penghayatan Ramadhan
menuju kearah ketaqwaan seperti dalam
firman Allah agar menjadi orang yang bertaqwa.
Namun,bukanlah
hamba menyarankan pembaca terus berada di tahap ibadat yang sama, tetapi hamba
ingin membawa pembaca agar pergi lebih jauh dari itu,Ketaqwaan, seperti yang di
ajar dari bangku sekolah lagi,Taqwa dari istilahnya adalah berserah pada Allah.ya!Hamba mahu mengajak diri hamba
dan kalian menjadi individu yang paling bertaqwa,tidak sama taqwa kita pada Ramadhan
ini berbanding Ramadhan sebelum-sebelum ini.nah!inilah yang hamba mahu kita
sama-sama fikirkan.
Dalam
perjuangan menjadi individu yang bertaqwa,kita perlu tahu ketaqwaan juga ada
tingkatnya sama seperti tahap orang yang berkorban untuk agama,ada yang hanya
tahap korban pemikiran sahaja walaupun
mampu lebih dari itu,ada juga yang tahap mampu mengorbankan pemikiran dan wang
ringgit tanpa mahu mengorbankan tenaga,ada juga tahap yang mengorbankan segala-galanya demi islam
tercinta, begitu juga taqwa,ada orang yang bertaqwa dalam beberapa perkara
sahaja dan ada juga orang yang bertaqwa secara ‘total’. Inilah lanskap
ketaqwaan yang perlu kita nilai dari Ramadhan ke Ramadhan yang lain,adakah
Ramadhan kian berlalu,namun tahap ketaqwaan kita masih di tahap lama waima acap
tahun melalui Ramadhan yang sama, apakah tertunai ‘Target’ penghayatan Ramadhan
kita agar menjadi orang yang bertaqwa. Sahabat biarlah kita jadi ‘Super Taqwa’
dan pasti kian tahun Taqwa kita akan terus bercambah.
"Saya pegang nisan
dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi.
Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar,
kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar,
Johor.
"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya
berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke
kepala.
Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja,
gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah
Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya
termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya.
Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin
mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang
Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita
tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si
mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau
bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur
dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu
terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah
badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau
dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking
datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh,
kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda
saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan
mengacau fikiran.
Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala
kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan
jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
telinga.
Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? '
Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah,
bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...
Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu
cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat
semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan
terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali
sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai
persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian
sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau
tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya
betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan
segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang
di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran
dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu.
Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada
malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa
saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang
gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya
ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam
dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi
sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana
bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata
seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM...
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya
menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada
tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia
sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di
kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak
dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada
terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu
ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu
disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran
pula tulang-temulang patah !
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah
yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh
orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya.
Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu.
Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila
mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah
berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan
angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.
Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam
seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam
yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis,
namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh,
panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya
masak.
"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai
hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu
membakar daging paha saya.
"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam
besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya
ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit
menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda
gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan
sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap
lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi
panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu
yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam
hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang
lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar
beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta
mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari,
akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau
tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan
baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang
telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan
penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang
tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa
berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka
berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada
yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,
mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah
saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu
adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi
semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang
benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu
benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur
...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan
mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN
(diceritakan sendiri oleh Tok Johar)
komen penulis:
penulis tidak ketahui kisah ini benar atau palsu tetapi yang pasti setiap insan akan melalui alam ini,itu aqidah kita sebagai muslim.jadi kita perlu bersedia..sediakan diri mu,keluargamu dan orang kelilingmu dari azab kubur yang penulis berpendapat lagi azab/seksa dari apa yang anda baca sebentar tadi..ingat kematian datang tidak di pinta dan di ketahui,kadang-kadang mati dalam keadaan sedang kukuh iman dan ada mati dalam iman yang tipis,..jika tidak hari ini esok,tidak esok minggu depan,tidak minggu depan,bulan depan,tidak bulan depan tahun depan..kita PASTI MATI,,berdoalah untuk dapatkan husnul katimah(pengakhran yang baik)...
Ya Allah..tempatkan hambamu ini,ibu bapaku,ahli keluargaku,saudaraku, di tempat orang-orang beriman dan jauhikan kami dari azab kubur yang sangat dasyat pedihnya.. amin.
''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''