.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Isnin, 19 Julai 2010

bersyukurkah aku?

ketika saat penulis membuat asigment pagi tadi sambil mendengar radio,tiba-tiba corong radio itu mendendangkan lagu nasyid yang pernah di popularkan satu ketika dahulu oleh satu kumpulan nasyid iaitu raihan,penulis yakin pembaca semua sudah pasti selalu mendengar nasyid tersebut yang bertajuk syukur.
di sini bukanlah penulis ingin membawa kepada pembaca tentang kumpulan nasyid yang menyampaikan lagu tetapi penulis ingin mengajak pembaca bersama-sama penulis merenung kembali mesej yang nak di sampaikan oleh penyanyi.yer,sudah pastilah tentang syukur,kita semua sudah tahu tentang syukur tetapa pernahkah kita mengamalkannya,tahap manakah syukur kita,ini semua yang penulis dan pembaca harus renungkan bersama,teringat penulis ketika penulis mendapat duit di saat penulis tidak mempunyai satu sen pun alam kocek dalam 2 3 bulan ini,penulis berasa sangat bersyukur ketika itu,tapi selepas itu penulis kembali kepada biasa,maksud penulis,bersyukur penulis hanya ketika penulis mendapat duit tersebut,adakah ini yang di maksudkan dengan bersyukur?penulis juga berkeyakinan ramai pembaca juga mempunyai tabiat yang sama seperti penulis yang mana masing-masing hanya mengingati Allah suatu ketika susah sahaja,penulis seringkali dengar kisah nabi s.a.w tentang syukur, di ceritakan pada suatu hari saidatina aisyah bertanya kepada nabi s.a.w tentang ibadat nabi yang hebat sehingga kakinya bengkak kerana qiamullai setiap hari,lantaran kasihan saidatina aisyah bertanya kepada nabi s.a.w:"ya rasulullah,bukankah engkau sudah di janjikan syurga tetapi mengapa engkau membebankan dirimu sedemikian rupa"jawab nabi s.a.w"salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur" lihatlah bagaiman nabi s.a.w bersyukur yang mesti kita contohi di mana bersyukur yang di anjurkan nabi s.a.w ialah ketika susah dan senang,yakni kena sentiasa bersyukur,lazimnya manusia apabila mendapat sesuatu di dalam kesusahan barulah bersyukur,tetapi jika seseorang yang benar faham erti syukur dalam setiap perkara dia bersyukur walaupun kadang-kadang tidak dapat apa yang di harapkan kerana sesungguhnya Allah sahaja yang berhak ke atas hambanya.
penulis mengajak pembaca bersama-sama penulis untuk mempertingkatkan syukur kita kepada Allah s.a.w,jika nak bandingkan hanya dengan sebiji mata yang Allah beri,kita sudah tumpas dalam kesyukuran pada-Nya,marilah sama-sama kita memperbaiki tahap kesyukuran kita pada yang maha Esa.
wallahua'lam.

Ahad, 18 Julai 2010

Doaku pada semua


Doa merupakan salah satu senjata orang mukmin,semua manusia akan berdoa apabila di timpa kesusahan ataupun menginginkan sesuatu yang terlalu diinginkan,doa bukan sahaja wujud dalam agama islam,semua agamma baik kristian,hindu,buddha,sigh dan sebagainya,semuanya berdoa cumanya yang membezakan adalah hakikat maksud doa sebenar di mana agama lain berdoa pada tuhan agama mereka.dari sudut aqidah pun mereka sudah menyalahi maksud doa sebenar,penulis tidaklah berhajat untuk membutirkan maksud doa sebenar,tetapi penulis ingin berkongsi bersama pembaca tentang doa kita pada hari ini yang lebih pada peribadi sahaja.teringat penulis pesan kakak penulis semasa dalam suasana tarbiyah di rumah,di saat penulis baru kenal erti solat.penulis dahulunya seorang yang malas berdoa ketika lepas solat,biasalah terkejar-kejar pergi bermain,tapi suatu hari kakak penulis yang solat berhampiran penulis menegur,"orang yang tak berdoa lepas solat itu sombong,ini bukan sombong-sombong biasa,nie yang paling berat sebab sombong pada Allah bukan pada manusia,ingat tue".begitu lah antara nasihat kakak kepada penulis semasa kacil,sama juga seperti kakak-kakak lain pasti ada menasihati adik-adiknya tentang doa atau perkara lain.
penulis pada entry kali ini mengajak pembaca untuk berfikir tentang doa,adakah pada hari ini kita sudah merasa doa kita sudah cukup sempurna dengan meminta pada tuhan apa yang kita kehendaki atau mengadu pada tuhan,sekian,sekian dan sekian.adakah ini doa yang kita rasa sudah cukup sempurna di tambah pula ketika berdoa,kita alunkan dengan suara atau rentak ala-ala nasyid dan syahdu,sebernanya kita memang perlu sentiasa memperbaiki doa kita dari semasa ke semasa.
doa seseorang yang baik adalah doa seseorang bukan hanya untuk dirinya bahkan untuk orang yang tiada di sisinya iniah yang di sebut di daam kitab riyatussolihin karangan imam nawawi rahimullah,firman Allah subhanahuwata'ala dalam surah ibrahim ayat 41:
"wahai tuhan kami,berilah ampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
beginilah adab kita berdoa,bukan hanya untuk diri kita sahaja.bahkan untuk orang yang beriman yang tiada di hadapan kita samada di waktu solat biasa ataupun berqiamullail.sabda nabi s.a.w.:
"daripada Abu Darda' radhiallahuan'hu,dia mendengar rasulullah s.a.w,tiada seseorang pun dari hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya ketika tidak ada di sisinya melainkan malaikat berkata:"engkau juga memperolehi seperti mana yang engkau doakan itu"
(riwayat muslim)
di sini jelaslah kepada pembaca dan penulis juga bahawa setiap kita kena sentiasa memperbaiki doa kita seperti yang di anjurkan di dalam Al-quran dan juga rasulullah s.a.w.antaranya mendoakan semua orang samada yang dikenali atau tidak,apatah lagi ibu bapa,guru-guru,kerabat dan sebagainya.
di kesempatan ini penulis mengajak pembaca untuk kita sama-sama mendoakan juga saudara seiman dengan kita di Palestin,bumi yang pernah di jejaki ramai para anbiya' termasuklah nabi muhammad s.a.w.semoga Allah memakbulkan doa untuk saudara-saudara kita.amin Ya Rabbal a'lamin

Emak dan Abah ku


item pada kali ini,penulis akan berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan dua orang insan yang banyak berjasa pada penulis.merekalah insan yang selama ini menjadikan penulis seorang yang sekarang.iaitu arwah abah dan emak.sesungguhnya tidak terbalas dek penulis jasa dua insan ini dengan hanya mengabdikan kasih sayang mereka pada coretan penulis kali ini.
pada 14 julai yang lalu penulis telefon rumah nun jauh di perak untuk bercakap dengan emak penulis sebabnya pada tanggal inilah 14 julai hari kelahiran emak penulis dan juga arwah abah penulis.wah,yang menariknya emak dan arwah abah penulis mempunyai tarikh lahir yang sama,cuma umur yang berbeza di mana arwah abah lahir pada tahun 1947 dan emak 1955..jadi umur arwah abah jika masih ada pada hari ini mencecah 63 tahun dan emak 55 tahun.mungkin dari tarikh lahir arwah abah dan emak sudah menunjukkan keserasian mereka,apatah lagi di buktikan dengan kasih sayang yang mereka curahkan kepada penulis dan adik beradik penulis yang berjumlah 13 orang.
teringat penulis semasa penulis masih kecil,semasa penulis bersama abang penulis yang berkayuh basikal ketika pulang dari sekolah,terdapat dua orang pemuda cina yang sedang mengambil madu lebah dan mereka melarikan diri dengan motor apabila sekumpulan lebah menyerang mereka,kebetulan masa itu penulis dan abang penulis yang berkayuh basikal di situ menyebabkan sekumpulan lebah menyerang penulis dan abang penulis,mujurlah penulis sempat terjun ke dalam sungai berhampiran tetapi abang yang agak lambat terkena sengat lebah sebelum dia terjun ke sungai,sewaktu itu penulis masih ingat arwah abah yang sangat marah apabila tahu hal tersebut terus mencari 2 orang pemuda cina itu.tapi tidak di jumpai,penulis terkenang wajah arwah abah ketika itu yang sungguh marah pada cina terbabit kerana anaknya menjadi mangsa perbuatan cina itu,terpancar kasih sayang seorang abah di wajahnya.
penulis teringat jua bagaimana arwah abah yang memberi harapan yang tinggi kepada penulis supaya menjadi insan yang terpelajar,penulis pernah di ajar oleh arwah abah dalam subjek b.i.untuk pengetahuan pembaca arwah abah sangat fasih berbahasa inggeris.beliau juga seorang yang garang jika kita melihat tanpa mengenalinya,tetapi apabila sudah mengenalinya,beliau seorng yang peramah dan penuh dengan pengalaman hidup.sesungguhnya di hati penulis masih merindui arwah abah yang seringkali mendidik penulis dengan cara tersendiri,arwah abah menghembuskan nafas terkhir pada 29 disember 2004 jam 00.15 pagi di hospital taiping,3 hari selepas tsunami.ketika penulis brusia 14 tahun.
emak pula seorang yang sangat lembut,tetapi seorang yang tegas,teringat penulis semasa kecil-kecil dimana penulis sering kali bergaduh dengan adik. suatu ketika penulis menerajang adik penulis dan penulis di marahi emak.tiba-tiba tanpa di kawal penulis terus keluar dari rumah pada waktu malam sejurus di marahi emak,emak hanya membiarkan,tetapi rajuk penulis tidak kemana,penulis terus meminta maaf pada emak, begitulah ketegasan emak dalam mendidik penulis dari dulu hingga di saat ini, walaupan kadang-kadang emak dalam keadaan sedih mendidik anak-anaknya tanpa abah tersayang tapi emak tidak pernah jemu dalam mendidik dan memberi kasih sayang pada anak-anaknya.
saat yang paling gembira penulis bersama mereka ketika umur penulis 13 tahun di mana penulis bersama keluarga meraikan abang konvokesyen di UIA.di mana kami mengambil kesempatan untuk bercuti dan ronda-ronda di kuala lumpur.sesungguhnya penulis tidak akan lupa saat itu.selamat hari lahir emak dan abah,semoga emak di beri kesihatan yang baik dan bahagia selalu dan abah bahagia di alam yang setiap manusia akan laluinya apabila tiba masanya.

Sabtu, 17 Julai 2010

bersediakah pemuda??


seteah sekian lama menyepi dari penulisan blog atau meng update blog..alhamdulillah pada hari ini penulis berkesempatan untuk memasukkan sedikit pengisian untuk di kongsi bersama sahabat-sahabat dan pembaca sekalian..seperti yang sering kita dengar yang penulis sendiri tidak jelas sumbernya,tidak silap kata-kata ulama' yang berbunyi "jika mahu melihat masa akan datang,lihatlah pemuda pada hari ini".ungkapan ini begitu besar maknanya yang mana setiap orang dari kita dapat memikirkan keadaan akan datang dengan hanya melihat pemuda pada hari ini.mungkin ini strategi Paul iaitu sotong psikik,yang dikatakan telah meramalkan sepanyol untuk memenangi piala dunia baru-baru ini.
pemuda merupakan satu generasi yang mempunyai daya ingatan dan fizikal yang kuat,lazimnya di zaman inilah seseorang akan di kawal ketat oleh syaitan-syaitan yang sedaya upaya menyesatkan manusia.disamping itu ketika zaman inilah tahap kemuncak kekacakan atau keayuan setiap pemuda.biasanya di zaman ini jugalah seseorang individu itu mengumpul banyak dosa.
namun begitu,tidak di nafikan terdapat banyak juga individu pada zaman ini tidak hayut pada zaman mudanya kerana individu ini berjaya melepaskan diri dari cengkaman syaitan.
pemuda yang ini merupakan pemuda yang kuat beribadat kepada Allah dengan seikhlas yang mungkin seperti mana firman Allah yang bermaksud:
"sesungguhnya solat itu dapat mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar"
dengan ibadat yang ikhlas seseoramg pemuda itu bkan sahaja amalan pahalanya bertambah,bahkan dirinya akan berasa lemah untuk mengikut hawa nafsu dan juga melakukan maksiat kerana pemuda akan merasakan dirinya hanya patut mendapat redha Allah taala.
selain itu pemuda ini merupakan seorang yang sanggup berkorban hanya di jalan Allah,pemuda ini menghabiskan masanya hanya dengan berdakwah kerana pemuda ini percaya bahawa setiap kerjanya atas nama Allah akan di bantu..seperti firman Allah dalam surah muhammad yang bermaksud:
"wahai orang-orang yang beriman,jika kamu membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukanmu"
begitulah pemahaman seorang pemuda terhadap islam yang sanggup berkorban hanya untuk islam,di sinilah mudah-mudahan pemuda ini mendapat pertolongan daripada Allah dalam segala hal.teringat penulis akan kata-kata As-syahid imam hasan Al-banna yang berbunyi:
"berikan aku 300,yang mana di dada mereka sarat dengan ilmu pengetahuan,hati mereka berkilauan dengan sibahan cahaya rohani,jasad mereka terlatih,maka ketika itu kamu ajaklah aku untuk menembusi langit tujuh lapisan,menembusi bumi tujuh petala,menghancurkan kepala penjajah,aku sanggup"
tetapi pada hari ini penulis merasakan masih belum cukup untuk mengumpukan jiwa-jiwa dan fizikal pemuda seperti itu.ramai pemuda pada hari ini masih berada di lorong-lorong gelap,di atas motor2 yang menjadi keranda buat mereka,pusat2 hiburan dan macam-macam tempat-tempat pelik pada hari ini yang tumbuh bagaikan lalang..justeru siapakh pemuda yang bisa menjadi tentera yang di maksudkan oleh asy-syahid??bukankah kita orangnya???bersediakah kita sebagai pemuda??

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''