ketika saat penulis membuat asigment pagi tadi sambil mendengar radio,tiba-tiba corong radio itu mendendangkan lagu nasyid yang pernah di popularkan satu ketika dahulu oleh satu kumpulan nasyid iaitu raihan,penulis yakin pembaca semua sudah pasti selalu mendengar nasyid tersebut yang bertajuk syukur.
di sini bukanlah penulis ingin membawa kepada pembaca tentang kumpulan nasyid yang menyampaikan lagu tetapi penulis ingin mengajak pembaca bersama-sama penulis merenung kembali mesej yang nak di sampaikan oleh penyanyi.yer,sudah pastilah tentang syukur,kita semua sudah tahu tentang syukur tetapa pernahkah kita mengamalkannya,tahap manakah syukur kita,ini semua yang penulis dan pembaca harus renungkan bersama,teringat penulis ketika penulis mendapat duit di saat penulis tidak mempunyai satu sen pun alam kocek dalam 2 3 bulan ini,penulis berasa sangat bersyukur ketika itu,tapi selepas itu penulis kembali kepada biasa,maksud penulis,bersyukur penulis hanya ketika penulis mendapat duit tersebut,adakah ini yang di maksudkan dengan bersyukur?penulis juga berkeyakinan ramai pembaca juga mempunyai tabiat yang sama seperti penulis yang mana masing-masing hanya mengingati Allah suatu ketika susah sahaja,penulis seringkali dengar kisah nabi s.a.w tentang syukur, di ceritakan pada suatu hari saidatina aisyah bertanya kepada nabi s.a.w tentang ibadat nabi yang hebat sehingga kakinya bengkak kerana qiamullai setiap hari,lantaran kasihan saidatina aisyah bertanya kepada nabi s.a.w:"ya rasulullah,bukankah engkau sudah di janjikan syurga tetapi mengapa engkau membebankan dirimu sedemikian rupa"jawab nabi s.a.w"salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur" lihatlah bagaiman nabi s.a.w bersyukur yang mesti kita contohi di mana bersyukur yang di anjurkan nabi s.a.w ialah ketika susah dan senang,yakni kena sentiasa bersyukur,lazimnya manusia apabila mendapat sesuatu di dalam kesusahan barulah bersyukur,tetapi jika seseorang yang benar faham erti syukur dalam setiap perkara dia bersyukur walaupun kadang-kadang tidak dapat apa yang di harapkan kerana sesungguhnya Allah sahaja yang berhak ke atas hambanya.
penulis mengajak pembaca bersama-sama penulis untuk mempertingkatkan syukur kita kepada Allah s.a.w,jika nak bandingkan hanya dengan sebiji mata yang Allah beri,kita sudah tumpas dalam kesyukuran pada-Nya,marilah sama-sama kita memperbaiki tahap kesyukuran kita pada yang maha Esa.
wallahua'lam.
Lorong itu, bisa membuatkan diriku memikirkan siapa diriku, Lorong itu, yang menjunjung semangat pejuanganku, Lorong itu, memberi seribu makna erti sebuah kehidupan yang di hiasi dengan perjuangan, Lorong itu, walaupun berduri,bisa ku lalui di pentas perjuangan.
.: AHLAN WA SAHLAN :.
setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.
sahabat penulis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.:: SYUKRAN JAZILAN ::.
''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan