Assalamualaikum
..
Alhamdulillah,sudah
sekian lama,akhirnya hamba di beri sedikit ruang dan peluang oleh Allah untuk
mencoretkan sesuatu perkongsian dengan sahabat pembaca sekalian.semoga sahabat
pembaca dalam keampunan dan rahmat Allah.sebelum hamba pergi lagi
jauh,bertepatan dengan bulan barakah,hamba mendoakan hamba dan sahabat semua
dapat menjalani ibadat puasa dengan keimanan yang sentiasa segar.
Ramadhan
tahun ini,hamba menjalani ibadat puasa ‘full time’ di rumah,setelah hampir 9 tahun tidak dapat puasa ‘full’ di kampong
halaman.Alhamdulillah,hari-hari di rumah sangat menerujakan hamba, masakan mak
hamba yang sentiasa menaikkan selera,inilah air tangan seorang ibu yang memasak
dengan ‘hati’,with’ iman’.Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mak
hamba dan ibu-ibu sahabat semua.
Ramadhan ,
Namamu sering di sebut,
Tanda iman tidak luput,
Hadirmu sering di jemput,
Itulah rahmat yang tidak
pernah reput,
Ramadhan
Hadirmu bukan sekali seumur
hayat,
Tanda iman perlu ditingkat,
Ibadah sunat terus diangkat,
Pelembut hati menghidup
berkat.
Seperti
tahun sebelum ini ,penghayatan dan tema
Ramadhan bukanlah berubah seperti tema kemerdekaan Negara yang sentiasa
berubah dari tahun ke tahun sehinggakan tema yang tidak masuk akal terpancul,
tetapi penghayatan Ramadhan adalah sama dari tahun ke tahun,amalan dalam
ramadhan juga tetap sama dari dulu,sekarang , dan tahun hadapan hatta “yaumul
qiyamah” seperti puasa,dhuha, terawih,qiam,tadarus kerana Al-Quran tidak pernah
berubah. Hamba yakin pembaca juga sedar setiap tahun penghayatan Ramadhan
menuju kearah ketaqwaan seperti dalam
firman Allah agar menjadi orang yang bertaqwa.
Namun,bukanlah
hamba menyarankan pembaca terus berada di tahap ibadat yang sama, tetapi hamba
ingin membawa pembaca agar pergi lebih jauh dari itu,Ketaqwaan, seperti yang di
ajar dari bangku sekolah lagi,Taqwa dari istilahnya adalah berserah pada Allah.ya!Hamba mahu mengajak diri hamba
dan kalian menjadi individu yang paling bertaqwa,tidak sama taqwa kita pada Ramadhan
ini berbanding Ramadhan sebelum-sebelum ini.nah!inilah yang hamba mahu kita
sama-sama fikirkan.
Dalam
perjuangan menjadi individu yang bertaqwa,kita perlu tahu ketaqwaan juga ada
tingkatnya sama seperti tahap orang yang berkorban untuk agama,ada yang hanya
tahap korban pemikiran sahaja walaupun
mampu lebih dari itu,ada juga yang tahap mampu mengorbankan pemikiran dan wang
ringgit tanpa mahu mengorbankan tenaga,ada juga tahap yang mengorbankan segala-galanya demi islam
tercinta, begitu juga taqwa,ada orang yang bertaqwa dalam beberapa perkara
sahaja dan ada juga orang yang bertaqwa secara ‘total’. Inilah lanskap
ketaqwaan yang perlu kita nilai dari Ramadhan ke Ramadhan yang lain,adakah
Ramadhan kian berlalu,namun tahap ketaqwaan kita masih di tahap lama waima acap
tahun melalui Ramadhan yang sama, apakah tertunai ‘Target’ penghayatan Ramadhan
kita agar menjadi orang yang bertaqwa. Sahabat biarlah kita jadi ‘Super Taqwa’
dan pasti kian tahun Taqwa kita akan terus bercambah.
Ramadhan terus meniti hari,
Menyemai Taqwa di dalam diri,
Amalan sunat penambah seri,
Super Taqwa iltizam di hati.
Azam,
Kuala kangsar
27/7/12,8.30 pagi.