.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Jumaat, 27 Julai 2012

Super Taqwa!



Assalamualaikum ..
Alhamdulillah,sudah sekian lama,akhirnya hamba di beri sedikit ruang dan peluang oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu perkongsian dengan sahabat pembaca sekalian.semoga sahabat pembaca dalam keampunan dan rahmat Allah.sebelum hamba pergi lagi jauh,bertepatan dengan bulan barakah,hamba mendoakan hamba dan sahabat semua dapat menjalani ibadat puasa dengan keimanan yang sentiasa segar.
Ramadhan tahun ini,hamba menjalani ibadat puasa ‘full time’ di rumah,setelah hampir  9 tahun tidak dapat puasa ‘full’ di kampong halaman.Alhamdulillah,hari-hari di rumah sangat menerujakan hamba, masakan mak hamba yang sentiasa menaikkan selera,inilah air tangan seorang ibu yang memasak dengan ‘hati’,with’ iman’.Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mak hamba dan ibu-ibu sahabat semua.

Ramadhan ,
Namamu sering di sebut,
Tanda iman tidak luput,
Hadirmu sering di jemput,
Itulah rahmat yang tidak pernah reput,
Ramadhan
Hadirmu bukan sekali seumur hayat,
Tanda iman perlu ditingkat,
Ibadah sunat terus diangkat,
Pelembut hati menghidup berkat.

Seperti tahun sebelum ini ,penghayatan dan tema  Ramadhan bukanlah berubah seperti tema kemerdekaan Negara yang sentiasa berubah dari tahun ke tahun sehinggakan tema yang tidak masuk akal terpancul, tetapi penghayatan Ramadhan adalah sama dari tahun ke tahun,amalan dalam ramadhan juga tetap sama dari dulu,sekarang , dan tahun hadapan hatta “yaumul qiyamah” seperti puasa,dhuha, terawih,qiam,tadarus kerana Al-Quran tidak pernah berubah. Hamba yakin pembaca juga sedar setiap tahun penghayatan Ramadhan menuju kearah  ketaqwaan seperti dalam firman Allah agar menjadi orang yang bertaqwa.
Namun,bukanlah hamba menyarankan pembaca terus berada di tahap ibadat yang sama, tetapi hamba ingin membawa pembaca agar pergi lebih jauh dari itu,Ketaqwaan, seperti yang di ajar dari bangku sekolah lagi,Taqwa dari istilahnya adalah berserah  pada Allah.ya!Hamba mahu mengajak diri hamba dan kalian menjadi individu yang paling bertaqwa,tidak sama taqwa kita pada Ramadhan ini berbanding Ramadhan sebelum-sebelum ini.nah!inilah yang hamba mahu kita sama-sama fikirkan.
Dalam perjuangan menjadi individu yang bertaqwa,kita perlu tahu ketaqwaan juga ada tingkatnya sama seperti tahap orang yang berkorban untuk agama,ada yang hanya tahap  korban pemikiran sahaja walaupun mampu lebih dari itu,ada juga yang tahap mampu mengorbankan pemikiran dan wang ringgit tanpa mahu mengorbankan tenaga,ada juga tahap  yang mengorbankan segala-galanya demi islam tercinta, begitu juga taqwa,ada orang yang bertaqwa dalam beberapa perkara sahaja dan ada juga orang yang bertaqwa secara ‘total’. Inilah lanskap ketaqwaan yang perlu kita nilai dari Ramadhan ke Ramadhan yang lain,adakah Ramadhan kian berlalu,namun tahap ketaqwaan kita masih di tahap lama waima acap tahun melalui Ramadhan yang sama, apakah tertunai ‘Target’ penghayatan Ramadhan kita agar menjadi orang yang bertaqwa. Sahabat biarlah kita jadi ‘Super Taqwa’ dan pasti kian tahun Taqwa kita akan terus bercambah.

Ramadhan terus meniti hari,
Menyemai Taqwa di dalam diri,
Amalan sunat penambah seri,
Super Taqwa iltizam di hati.

Azam,
Kuala kangsar
27/7/12,8.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''