Assalamualaikum
w.r.t
Dalam
menjalani rutin kehidupan seharian,kita sudah pasti akan sentiasa bermuamalat
dengan individu/makhluk yang lain samada kenalan,guru,ibu bapa,saudara mara
ataupun sesiapa sahaja,bahkan jika duduk keseorangan di dalam hutan juga,ada
tuntutan muamalat di situ meskipun dengan haiwan dan tumbuhan.bermaksud,sebagai
seorang manusia ,faktor sekeliling kita adalah yang menjadi membentuk kita
tidak kira samada anda seorang muslim atau sebaliknya.
Sebagai
seorang muslim sebenarnya,islam mengajar kita cara-cara bermuamalat dengan
manusia,haiwan dan tumbuhan.inilah yang di sebutkan sebagai akhlak.akhlak
sangat penting dalam menilai sesuatu kehidupan seseorang,andai rosak akhlaknya
maka apalah yang dapat di harapkan lagi dari jasad yang gagah.keindahan yang di
bawa islam bukanlah sekadar syariatnya yang adil dan menyeluruh,bahkan
keindahan islam dapat di cerminkan daripada umatnya yang berakhlak.
Berakhlak
kepada manusia memungkinkan kita untuk menjadi ikon kepada umat agama
lain,bayangkan andai dengan guru kita hormati,dengan si ibu kita
berlembut,dengan si bapa kita menunduk hormat,dengan kenalan berbual
lembut.apakah lagi ada nilai lain yang menyebabkan si guru,si ibu,si bapa dan
kenalan memandang enteng terhadap kita?
Rasulullah
sebagai ‘ibu’ kepada Akhlak mulia telah menjadi contoh kepada kita tentang
keperibadian yang tinggi menghasilkan dakwah yang berkualiti,banyak kisah dalam
sirah nabawi bagaimana nabi s.a.w sangat berakhlak walaupun ketika baginda
s.a.w memerintah sebuah kerajaan.Pernah suatu ketika dating seorang arab badwi
menarik kain rida’/shawl baginda sehingga menimbulkan kesan merah di leher
baginda,lelaki badwi itu menuntut sesuatu daripada baginda,bahkan baginda
menunaikan tuntutan tersebut tanpa membalas sikap keras orang badwi
tersebut.Nah,inilah akhlak mulia yang di tunjukkan nabi s.a.w.
Islam juga
menitik berat soal berakhlak dengan selain manusia seperti haiwan dan
tumbuhan,haiwan dan tumbuhan juga merupakan makhluk yang bernyawa dan mempunyai
hak yang perlu dipelihara oleh manusia.Inilah agama islam yang sangat teliti
dalam akhlak,apakah ada lagi hujah yang boleh di buat untuk menyatakan islam
agama ‘therorist’ sedangkan hal berkenaan haiwan dan tumbuhan pun di
pelihara,apatah lagi nyawa manusia.berakhlak dengan haiwan dan tumbuhan juga
memungkinkan seseorang mencapai ‘Jannah’ seperti sebuah kisah seorang yang
masuk syurga hanya kerana memberi air
pada seekor anjing yang dahaga.Nabi s.a.w juga menunjukkan sebuah teladan yang
sangat baik dalam berinteraksi dengan tumbuhan dan haiwan seperti kisah pohon
kurma menangis apabila nabi s.a.w tidak lagi berkhutbah dengan memegangnya
lantaran mimbar baru yang di gunakan nabi s.a.w,bahkan begitu banyak kisah yang
dapat di teladani dalam berakhlak pada haiwan dan tumbuhan.
Percayalah
teman,andai kita mahu menggoncang dunia untuk membawa kalimah Allah,bermulalah
dengan akhlak yang terpuji.Sudah jelas,manusia mencintai kebaikan dan
kecantikan,justeru,akhlak yang terpujilah sebuah kebaikan dan kecantikan.Bahkan
lebih dari itu, islam akan lebih tersebar dengan akhlak yang Berjaya membawa
ummatnya kesebuah ‘Wilayah akhlak’ yang pasti dirindui oleh manusia yang waras
akalnya!
azam adam,
Gong badak,terengganu
28/9/2013,12.30pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan