Assalamualaikum w.r.t..
bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesihatan dan nikmat yang terlalu besar Allah kurniakan kepada kita.Allah s.w.t telah memberi rahmat dengan mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemandu kepada kehidupan kita.selawat dan salam ke atas baginda nabi s.a.w.
Sifat tawaduk adalah satu sifat yang mulia, seseorang
muslim yang mempunyai sifat ini akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah
SWT. Berlawanan dari sifat tawaduk adalah sifat sombong dan takbur.
Seorang muslim yang berakhlak mulia tidak sanggup
bersifat takbur serta membesarkan diri supaya di pandang tinggi oleh orang
lain.Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat masa kini masih meletakkan nilai
pangkat, kecantikan, harta kekayaan, keturunan sebagai asas untuk meletakkan
seseorang itu dipandang mulia atau sebaliknya.
Firman Allah SWT bermaksud :
"Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang
tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan
(kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa."
(Surah al-Qasas ayat 83)
Peringatan Allah ini mengingatkan kita bahawa
seolah-olah tiada kehidupan yang baik bagi orang yang sombong dan takbur di
akhirat kelak melainkan hamba-Nya yang bertakwa sahaja.Orang sombong tidak di
sukai Allah.
Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW kita
dapati baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati
serta tidak sombong, walaupun apabila berdepan dengan musuh. Bahkan sifat
pemaaf baginda SAW sepatutnya menjadi perangsang untuk membina ukuwah
Islamiyah dan silaturahim sesama saudara muslim.
Persengkitaan dan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat
kita hari ini adalah berpunca dari sikap umat Islam tidak mahu kembali kepada
ajaran Islam sebenarnya dan meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.Di dalam jiwa
masih menebal sifat takbur dan sombong, meremehkan orang lain untuk meninggikan
diri.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk Syurga orang yang dalam hatinya
seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya :Sesungguhnya
seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok."
Nabi SAW menjawab yang bermaksud, "Sesungguhnya
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan
meremehkan manusia."
Orang yang sombong suka menghina orang lain ketika di
dunia ini, di akhirat nanti mereka pula akan di hina oleh Allah , Allah tidak
akan memandang dan berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah
kehidupan yang sebenar-benar hina.
Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa
sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh di rampas
oleh sesiapa pun seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan
sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku daripada salah satu dari
keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya."
Bukan mudah mencabut akar umbi kesombongan yang sudah
bertapak dalam diri. Kerana itulah orang yang bersifat tawaduk cuba untuk
menghambakan diri serendahnya kepada Ilahi untuk menjauhi sifat takbur dan
riak.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengikut sunnah Rasulullah SAW, jalinilah dan perkukuhkanlah
hubungan persaudaraan Islam sesama kita, buanglah sifat kebencian dan
permusuhan kerana permusuhan itu adalah amalan syaitan yang di benci oleh Allah
SWT.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya
kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa tinggi daripada yang
lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."
Azam adam,
Gong Badak,Terengganu
12/10/2013,12.30 a.m
nice,also check for seo tools and techniques
BalasPadamseo course in delhi