.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Selasa, 24 September 2013

Kedukaan kunci kejayaan




Assalamualaikum w.r.t
Sudah sekian lama hamba tidak mencoretkan sesuatu untuk tatapan atau perkongsian bersama sahabat semua lantaran ‘virus’ yang biasa menyerang manusia iaitu sifat MALAS menulis.kadang-kadang hamba agak sibuk,tambahan banyak program yang terpaksa hamba hadiri.
Selama setahun hamba tidak mencoretkan sesuatu, sudah pasti sungguh banyak perkara yang ingin di kongsikan tetapi terlalu terhad dalam ruangan ini,doakan semuanya dapat hamba kongsikan untuk ilmu dan kehidupan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar berpandu kepada Al-Quran dan Sunnah.



                 “la tahzan,InnAllaha maa’ana”
                ( Jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita )
 
Dalam kehidupan seharian sudah pasti akan kita lalui masa kegembiraan.Semua orang akan gembira bila dapat bersama keluarga dan berkongsi masalah tertentu,ada juga begitu gembira bila tiba saat ulangtahun kelahiran,begitu banyak hadiah yang di kirimkan oleh kenalan.Tidak kurang juga yang gembira dapat ‘bershopping’ tanpa masalah kewangan.Terdapat juga gembira hanya disebabkan mendapat senyuman dari seorang ‘guru disiplin’ yang sangat maklum sebagai seorang yang garang.tetapi sedarkah kita kegembiraan ada regunya…Apakah regunya??
Ketahuilah setiap apa yang wujud di dalam dunia ini ada regunya seperti hidup regunya mati,kanan regunya kiri,kerusi regunya meja,lelaki regunya perempuan dan hanya Allah sahaja yang tiada regunya kerana Allah maha Esa. Jadi,sudah pasti regu bagi kegembiraan adalah KeDUKAan
Kedukaan adalah perkara yang seringkali di lalui oleh setiap manusia,bahkan nabi s.a.w juga merasa duka dengan pemergiaan isteri tercinta saidatina khadijah binti khuwailid. Jika di zaman sekarang ini terdapat kedai atau farmasi menjual ‘ubat duka’ sudah pasti, itulah ubat yang paling laris di pasaran kerana manusia memang akan pernah merasai duka.
Kedukaan bukanlah penyebab kita rebah dalam perjuangan,bukanlah penyebab kita tewas dalam kehidupan,bahkan jauh dari penyebab kita merungut pada Sang Pencipta.Sedarlah kedukaan dalam kehidupan sebenarnya dapat merubah lemah menjadi  gagah, sengsara menjadi juara, bahkan kufur menjadi syukur.Tetapi untuk itu,Perlulah memandang kedukaan dengan POSITIF.
Dalam sirah nabawi,kita ketahui bahawa Nabi s.a.w begitu duka dengan pemergian isteri tercinta iaitu saidatina khadijah r.a  namun kemudian Rasulullah s.a.w bangkit menyebarkan dakwah dengan penghijrahan ke kota Taif,apabila tidak di terima di sana Rasulullah tetap meneruskan strategi dakwah sehingga kejayaan yang di capai melalui perjuangan nabi s.a.w yang panjang dan ber’duri’ itu,kita dapat merasai nikmat Iman dan islam ,bahkan kita begitu bangga menyebut ‘saya adalah Muslim’ .Begitu positifnya Nabi Muhammad s.a.w dalam menerima kedukaan.
Ketahuilah teman kedukaan menyebabkan kita sedar akan segala yang dimiliki adalah pinjaman daripada Allah s.w.t,bahkan Allah s.w.t sahaja yang berhak mengambil semula pinjaman itu agar kita tidak lebih hayut dengan kegembiraan.Jadilah hamba yang bersyukur apabila sampai kepada kegembiraan,jadikan kegembiraan itu lebih mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta yang sememangnya sudah menyajikan dalam kehidupan ini dengan segala nikmat.
Allahurabbi,hamba begitu gembira dengan melihat seseorang yang POSITIF lalu bangkit dari kedukaan dan mengejar kegembiraan yang kekal Abadi! Ketahuilah,Manusia yang Positif adalah orang yang Hebat di sisi manusia bahkan mulia di sisi Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''