.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Rabu, 14 April 2010

Aku Seorang Pemuda!!!



assalamualaikum
pada hari ini sudah genaplah 20 tahun ana hidup di bumi Allah ini,begitu banyak khilaf yang ana lakukan di bumi ini.20 tahun merupakan satu kehidupan yang ana rasakan sudah menjadi pemuda,bukan lagi remaja.Ya,seorang pemuda atau syabab,pemuda merupakan aset agama dan negara yang sangat penting.pemuda bisa mengugurkan penguasa yang zalim.tetapi,bagaimanakah keadaan ku,bisakah batang tubuh ini menjadi pemuda yang bisa menggugurkan penguasa yang zalim dengan iman selemah ini.ana teringat seorang tokoh yang amat ana kagumi dan sangat di kenali semangat juangnya fi sabilillah,As-syahid Imam Hasan Al-Banna seorng yang sangat kental imannya,seawal umur 22tahun,beliau sudah bisa menubuhkan satu gerakan yang wujud sehingga sekarang iaitu ikhwanul muslimin.sebagai seorang pemuda,ustaz hassan sudah dapat membuktikan bahawa jiwa pemuda jangan di persiakan,itulah as-syahid,tp ana??pada awal 20 tahun ini mampukah membentuk satu peribadi yang uggul seperti beliau??menanam fikrah yang tajam seperti beliau??wah,hebat sungguh jiwa pemuda ustaz Hassan.semoga ana bisa menyumbangkan jiwa muda ana kepada agama. Ya,aku seorang pemud!!! aku mesti mengubah dunia kepada bai'ah Islam..Allahuakbar!

Ahad, 11 April 2010

Indahnya Fajar


hari ini..detik2 ulangtahun hari kelahiranku hampir tiba,rupa2nya sudah 2 dekat Allah bagi kepadaku kesempatan untuk menikmati anugerah ciptaan tuhan,seperti yang ku lalui sekarang, dapat menghirup udara segar di waktu fajar,ya waktu fajar di mana waktu inilah Allah uji hambanya dengan keasyikan atau keseronokan tidur.tapi di sebaliknya jika seseorang hamba dapat melawan kehendak nafsu pasti akan menikmati anugerah udara di waktu fajar.di samping dapat menunaikan kewajipan solat subuh secara berjemaah,ku teringat kata2 seorang sahabat satu ketika dahulu''syeikh,subuh jemaah syeikh,al-Qassam pilih tentera orang yang jemaah subuh'', lihatlah begitu hebatnya berjemaah,ya,tentera Salahuddin Al-Ayubi pun di pilih dalam kalangan golongan ini,jadi,Marilah kita sama-sama imarahkan masjid atau surau di waktu fajar. wallahu'alam

Khamis, 8 April 2010

Bayangkan...Barangkali??


bayangkan apabila Rasulullah dengan seizin ALLAH tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita,baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita..APA YANG AKAN KITA LAKUKAN???

MESTILAH KITA SANGAT BAHAGIA,MEMELUK BAGINDA ERAT-ERAT DAN MEMPERSILAKAN BAGINDA MASUK KE RUANG TAMU KITA,kemudin kita tentunya meminta dengan sangat agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari di rumah kita..bagida tentu tersenyum…

Tapi barangkali…. Kita meminta pula Rasulullah tunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatvideo cd rated 18xxx yang ada di ruang tengah,dan kita tergesa-gesa memindahkan dulu cd tersebut ke dalam…BAGINDA TENTU TETAP SENYUM..

Atau barangkali.. kita teringat akan lukisan wanita separuh bogel yang kita gantung di ruang tamu kita,sehingga kita terpaksa juga tergesa-gesa memindahkannya kebelakang…BARANGKALI KITA AKAN MEMINDAHKAN PULA LAFAZ ALLAH DAN MUHAMMAD YANG ADA DI RUANG TERSOROK KE RUANG TAMU…baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana andai rasulullah sedia menginap di rumah kita???barangkali kita teringat abang,adik,kakak atau anak kita lebih hafal lagu-lagu barat DARIPADA MENGHAFAL SELAWAT KEPADA NABI.barangkali kita menjadi malu bahawa abang,adik,kakak atau anak kita tidak tahu sedikitpun sejarah Rasulullah saw atau mungkin mereka tidak beradab kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak dan menegur ahli keluarga kita..baginda tentu tetap tersenyum.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.barangkali kita teringat bahawa PEREMPUAN DI RUMAH KITA TIDAK MEMILIKI KOLEKSI PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK BERHADAPAN DENGAN RASULULLAH..baginda tentu tetap tersenyum..

Barangkali kita menjadi malu dengan Rasul junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi..baginda tentu tetap tersenyum..

Barangkali kita menjadi malu kerana saat azan maghrib,keluarga kita sibuk di depan tv.BARANGKALI KITA MENJADI MALU KERANA KELUARGA KITA JARANG MEMBACA AL-QURAN.barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali jiran tetangga kita.baginda tentu tetap tersenyum..

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lawat depan rumah kita…

Bayangkan apabila Rasulullah saw tiba-tiba muncul di depan rumah kita….APA YANG KITA LAKUKAN???

Masihkah kita MEMELUK JUNJUNGAN KITA DAN MEMPERSILAKAN BAGINDA MASUK DAN MENGINAP DI RUMAH KITA???atau akhirnya dengan berat hati kita AKAN MENOLAK BAGINDA BERKUNJUNG KE RUMAH KIT kerana hal ini bisa membuatkan kita kalut dan malu??????

MAAFKAN KAMI,YA RASULULLAH…MASIHKAH BAGINDA TERSENYUM….?SENYUM PILU,SENYUM SEDIH DAN SENYUM GETIR….OH,BETAPA MEMALUKAN KEHIDUPAN KITA SAAT INI DI MATA RASULULLAH SAW…

Selasa, 6 April 2010

Tok Guru ziarah Allahyarham ust Mokhtar

Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyantuni Ustaz Ahmad Mokhtar Mutalib

Kata-kata semangat dan tazkirah disampaikan oleh Tuan Guru Presiden


Dr Raja Ahmad Al-hiss, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Kangsar merangkap Setiausah Dewan Pemuda Pas Negeri Perak menyampaikan sedikit taklimat kepada Tuan Guru Presiden

KUALA KANGSAR : PAS Kawasan Kuala Kangsar kehilangan seorang petugas parti yang gigih yang saya kenali rapat apabila kembali ke Rahmatullahnya Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasannya , Ahmad Mokhtar Mutalib yang menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.45 pagi 2 April di Hospital Taiping

Pada 21 Mac lepas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Hj Hadi Awang sempat menziarahi Ahmad Mokhtar b. Mutalib di rumahnya, Taman Kenari, Jalan Baru.

Tuan Guru yang kebetulan ada program berdekatan, telah dibawa ke rumah Almarhum oleh DPP PAS Kawasan diketui oleh , Timb Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar yang juga exco DPP Pusat, Sdr Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Tuan Guru Presiden ditemani oleh keluarganya dan menantu beliau yang juga Ketua Penerangan DPP Perak, , Ustaz Akmal.

Beliau banyak memberi kata-kata nasihat & perangsang kepada Sdr Mokhtar supaya bersabar dengan ujian dan mehnah perjuangan hidup.

Isnin, 5 April 2010


mungkin ana akan memulakan kembali catatan di blog ana yang sudah bersawang nie...ntah ler tba2 rasa minat nak menulis@menaip malam nie,mungkin sebab ana sokmo tgk blog orang agaknya.. cam bez jer menaip,tp kena ada idea byk lar..pernah sahabat ana bertanya pada seorng seorang ulama' iaitu tuan Guru Hadi Awang tentang kehidupan beliau yang sibuk gan berjuang di medan dakwah,kadang-kadang ke serata dunia,namun masih punya masa untuk terbitkan buku,tuan Guru jawab beliau selalu menulis selpas waktu subuh,ruang masa di parlimen n dalam perjalanan ke satu destinasi yang jauh...Hebatnye tuan Guru.
Sebenarnya memang banyak faedah kita menulis samada di laman blog atau mana laman yang mampu memberi manfaat pada seseorng apabila membacanya..cuba kita lihat ramai ulama' suka menulis untuk manfaat yang mampu di rujuk walaupun mereka sudah tiada bersama kita.

Isnin, 16 November 2009

berkorban untuk ulama'

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.

TG Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.

Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.

Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.

Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.

Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.

Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.

Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.

Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.

Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.

Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.

Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.

Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…

Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.

Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.

Kemaskini 1.25 pagi.

Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.

Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com

Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.

akaun-maybank

Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.

Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.

Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.

Maybank: 158 097 625 245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)

Sebarang pertanyaan:

email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721

sumber:msk

penghinaan umno pada tok guru


Saya mencadangkan agar pemimpin Umno Kelantan dan negeri-negeri lain membanyakkan demontrasi untuk menghina Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Terbaru hari ini Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian mengadakan demontrasi dan menghantar memorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah pada kira-kira pukul 11.30 pagi di pejabat SPRM negeri di Wisma Persektuan, di sini.

Kalau boleh buat setiap hari. Insyaallah demontrasi dan penghinaan seperti ini akan meningkatkan kebencian rakyat Kelantan khususnya kepada Umno dan meningkatkan simpati dan sokongan kepada kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Sekaligus memastikan Kelantan terus kekal di bawah kepimpinan Pas.


" Tak apalah, saya tak pergi walaupun rindu sangat nak beribadat di sana, harap-harap mereka yang dapat pergi, guna peluang itu sebaik-baiknya" (TGNA - Sinar Harian 14/11/09)

msk

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''