.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Selasa, 6 April 2010

Tok Guru ziarah Allahyarham ust Mokhtar

Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyantuni Ustaz Ahmad Mokhtar Mutalib

Kata-kata semangat dan tazkirah disampaikan oleh Tuan Guru Presiden


Dr Raja Ahmad Al-hiss, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Kangsar merangkap Setiausah Dewan Pemuda Pas Negeri Perak menyampaikan sedikit taklimat kepada Tuan Guru Presiden

KUALA KANGSAR : PAS Kawasan Kuala Kangsar kehilangan seorang petugas parti yang gigih yang saya kenali rapat apabila kembali ke Rahmatullahnya Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasannya , Ahmad Mokhtar Mutalib yang menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.45 pagi 2 April di Hospital Taiping

Pada 21 Mac lepas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Hj Hadi Awang sempat menziarahi Ahmad Mokhtar b. Mutalib di rumahnya, Taman Kenari, Jalan Baru.

Tuan Guru yang kebetulan ada program berdekatan, telah dibawa ke rumah Almarhum oleh DPP PAS Kawasan diketui oleh , Timb Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar yang juga exco DPP Pusat, Sdr Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Tuan Guru Presiden ditemani oleh keluarganya dan menantu beliau yang juga Ketua Penerangan DPP Perak, , Ustaz Akmal.

Beliau banyak memberi kata-kata nasihat & perangsang kepada Sdr Mokhtar supaya bersabar dengan ujian dan mehnah perjuangan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''