.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Isnin, 24 Mei 2010

Mencari Syurga Dalam Senang


Di ceritakan pada suatu malam.seorang raja bernama Ibrahim Adham,sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya..sementara menunggu melelapkan mata..tiba-tiba terdengar bunyi bising seperti ada sesuatu di atas siling istananya..makin lama makin jelas bunyinya..
"siapa di atas tue?"bentak Ibrahim.
"saya,pengembala kambing"sahut suara dari atas.
"apa kamu buat di atas istanaku"tanya Ibrahim
"aku sedang mencari kambingku yang hilang"jawab suara itu.
"cis,pelik sungguh,masuk akalkah kau mencari kambing kau di atas istana ku"
dengan tegas suara itu menjawab"Adakah pelik kalau kau inginkan keredaan Allah dengan kau bersenang-senang di atas tilam empuk mu?itu sama sahaja b=dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!"
selepas insiden itu Ibrahi adham tersedar daripada kelalaiannya.suara itu menyedarkan kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja tanpa memikirkan kesusahan rakyat.
tidak lama selepas itu beliau melepaskan jawatan kepada orang kepercayaannya,manakala beliau sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seoranfg sufi.bertahun-tahun beliau berjuang mendidik diri,darjat ketakwaan semakin meningkat.sehingga terkenal waliullah yang tersohor..Ibrahim Adham..
sahabat,tiada jalan mudah atau pintas nak cari syurga Allah,Bersusah payahlah di dunia yang sementara ini,agar di Akhirat,kita sama-sama dapat menikmati Indahnya syurga yang kita kekal di dalam nya..teruskan mara dalam bara perjuangan.

Isnin, 10 Mei 2010










Kisah ini dipetik dari emel yang ku terima..
Kisah benar, seorang ibu yang telah meninggal semasa runtuhan bangunan rumahnya,
[mungkin rumah..tak silap,] sedang menyelamatkan anaknya dari reruntuhan itu..
Lihat?
Anaknya tidur lena seolah-olah tiada langsung gangguan yang berlaku di sekelilingnya..
Sedih...ku baca kisah ini,
Lagi sedih dengan kisah para 'ibu' yang tidak sah yang membuang anaknya seperti
S A M P A H!

Di mana kasihnya?
Sayangnya?
Pada benih yang haram itu..tidak patut dipersalahkan hanya kerna kesilapan
'ibu' dan 'bapa' yang tidak sah itu..

Okey2..
Soal ni, halal dan haramnya membunuh nyawa tak berdosa begitu
telah pun diketahui umum..
Kembalilah manusia zaman ini kepada zaman kejahilan/jahiliah..
kerna?
zaman dulu pun, dibunuh bayi2 yang tak berdosa terutama bayi perempuan
yang dikatakan membawa nasib sial dan malang pada sesebuah instituti kekeluargaan..

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 31 yang bermaksud:

“…dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan.
Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.
Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa besar.”




******


Berita tentang hal ni dah jadi perkara biasa di M A L A Y S I A..
nauzubillah!
Dah banyak masuk akhbar..berita di tV pun da keluar..
Ustaz dan ustazah,
Para ilmuan agama dah pun meluahkan rasa tidak puas dan mengingatkan hukum
mengenainya..bukan?

Ok2.
Semoga dijauhkan diri dari melakukan perkara2 yang tak sekali diredhai Allah ini.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal hal ni,
just tentang K A S I H seorang insan bernama I B U.
[memandangkan diri ni panggil ibu sebagai E M A K,jadi tukar2]

E M A K,
engkaulah R A T U hatyku.
melihat senyumanmu, mendatangkan ketenangan..
[seperti ketenangan melihat pasanganmu tersenyum hepy,A B A H la tu]
lagi2 jika kegembiraan itu dari ukiran tanganku untukmu..
ukiran kasih sayang yang belum mampu menterjemahkan maknanya,

E M A K,
benarlah..kuatnya naluri seorang ibu..
apabila diri dilanda kesedihan dan jiwa kacau dengan dugaan
sekeliling,
yang mampu kulakukan agar tidak menjentik kerisauanmu adalah dengan
mendiamkan diri..
sehingga kuluahkan hanya pada DIA yang Sudi Mendengar..

E M A K,
pesanan ringkasmu hadir saat ku dilanda kesedihan yang mendalam,
menambah keyakinan bahwa,
walau jauh beribu batu jarak antara kita,
namun naluri dan kasihmu mampu c0nnect jua dengan hati dan jiwaku..
c0nnect dengan keadaan diriku yang mampu dikau rasai..

Seorang ibu punya deria ke6 yang mampu merasa apa yang dirasakan oleh
seorang anak!

Kasih seorang ibu tak perlu dipertikaikan,
wahai insani di luar sana..
kasihnya bukan terbukti dengan setiap limpahan harta atau keinginan yang
dipenuhi..
tapi kasih syg itu hadir dan letaknya pada jiwa..
hati yang merasa..
kuatkanlah haty dan connection anda dengan ibu bapa tersyg,
selagi mereka masih ber N Y A W A.

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.
Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."


Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu! "
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."


Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"
Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
***********


Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

marilah kita renung2kan...

Sabtu, 8 Mei 2010

salam perjuangan


Assalamualaikum..

Harinya makin hampir..ramai sahabat perjuangan akan meneruskan perjalanan dakwah ke medan yang sebenar,yang bisa menguji keikhlasan dalam perjuangan selama ini..

Sahabat,sekadar pesan dari diri yang menumpang tarbiyah dari ilmu mu,

Hati ini terlalu sayangkan kalian lantaran kalian merupakan pejuang-pejuang yang menegakkan kalimah ‘lailahailallah’..hati ini sejujurnya belum bisa berpisah dengan kalian,tetapi sudah menjadi adat setiap pertemuan akan berlaku perpisahan,hati Ini sejujurnya masih memerlukan tarbiyah dari kalian, kalian sentiasa mengawasi imanku dengan tazkirah-tazkirah kalian,

Sahabat,

Hati ini mengakui bahawa diri ini sebenarnya tidak setanding dengan jiwa-jiwa kalian,tetapi atas dasar kalimah ‘lailahailallah’.. kalian bisa menerimaku untuk bersama-sama kalian,aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat seperti kalian.kalian tidak pernah mengadu letih di dalam berjuang,kalian tidak pernah mengeluh dalam meneruskan perjuangan,kalian sungguh hebat.

Sahabat,

Mungkin selepas ini kita tidak ketemu,jika ini berlaku,ku mengharap Allah makbulkan doaku untuk bertemu kalian di tempat yang kekal abadi,aku Cuma mengharap kalian dapat terus istiqamah dalam jalan ini,jalan yang Rasulullah asas seribu lebih tahun dulu..kalian mesti istiqamah.ya, di sana penuh dengan mehnah yang bisa melemahkan perjuangan ini,tapi hati ini percaya kepada fahaman Islam kalian,percaya pada iman kalian yang pasti akan istiqamah di lorong-lorong ini.

Sahabatku,

Ustaz huzaifah yang tinggi tawakal+amal islaminya dan ustaz fairuz yang hebat ukhuwah+ilmunya..teruskan perjuangan ini.

salam perjuangan dari ku.

Isnin, 3 Mei 2010

bicara seorang Murabbi


Satu Muhasabah... .
Ada di kalangan abnaul pejuang Islam..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti Islam tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.
Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azza wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu. .mengadu padaNya..?
Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...
Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan (pengabdian), tasliman (penyerahan), takhasyua'an (khusyu'), tabazzulan (kehinaan diri), takhaddu'an (kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..
Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..
Abi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

Ustaz Mohd Noor Omar

Terdapat ralat dalam alat ini

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''