.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Ahad, 30 Oktober 2011

Hanya sahabat




persahabatan bukan hanya di bibir,
persahabatan bukan hanya sering bersama,
persahabatan bukan hanya menyelamatkan,
ketahuilah,persahabatan bermula di hati,
lantas,tindak tanduk mencerminkan persahabatan..
aku tahu,aku tidak bisa mendapatkan sahabat sesetia Abu Bakar
bersama Rasulullah ketika hijrah..
tidak pula bisa mendapat sahabat seperwira umar
pertahankan rasulullah dalam banyak agenda dakwah..
apatah lagi mendapat sahabat seberani uthman
menjadi utusanRasulullah sehingga tercetus bai'ah ridwan..
mana mungkin akan ku dapat sahabat setaat Ali
pertaruh nyawa tidur di katil rasulullah di malam hijrah..
namun..walaupun aku tidak berhak mendapat persahabatab seperti itu,
aku masih menharap sahabat yang menunjukkan ku jalan yang benar,
tidak mungkin seperti saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali..
cukuplah sekadar kata-kata nasihat dari insan bergelar SAHABAT.

r_zam
31/10/2011
2.32a.m

Pemisahan Agama Dan Politik

Pemisahan di antara agama dan politik bukanlah suatu isu baru dalam Negara atau pun di negara-negara luar. Banyak forum di adakan di dalam dan luar negara bagi membincangkan isu ini kerana ianya merupakan satu isu yang besar.
Sebelum saya membahaskan pandangan saya tentang isu ini,lagi manis sekiranya saya bawakan dulu maksud politik, agama dan pandangan seorang individu yang berpengaruh pada zamannya.
Politik seperti mana yang telah saya pelajari merupakan satu ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah iaitu ilmu tatanegara yang berkaitan dengan sistem pemerintahan manakala agama yang saya maksudkan di sini adalah islam.Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna,segenap bidang kehidupan dilihat perlu bergerak secara integrasi,holistic dan dinamik,tiada pemisahan antara dunia dan akhirat.
Di mesir, seorang menteri yang mengawal institusi-institusi agama pada tahun 1925 iaitu syeikh Ali Abdul Raziq mengatakan di dalam sebuah kitab karangannya yang bertajuk al-islam wa usul al-hukmi menegaskan bahawa dalam kehidupan orang islam ,mereka boleh mengambil apa-apa dasar dalam kehidupan,islam tidak rigid atau tegas dalam perkara ini tetapi islam rigid dalam perkara ritual yang bersangkutan dengan tuhan dan arkan al-islam sahaja. Ini menunjukkan bahawa syeikh Ali Abdul Raziq seorang yang setuju akan pemisahan agama dan politik kerana membenarkan apa-apa dasar di ambil dalam pemerintahan kecuali yang berkaitan ibadat.
Di Malaysia pula kita dapat lihat pandangan yang berbeza di antara dua buah parti yang besar iaitu PAS dan UMNO. Bagi PAS, tidak salah mencampur adukkan antara agama dan politik manakala UMNO pula sebaliknya,tidak membenarkan politik dan agama di campur adukkan kerana menganggap ianya boleh memecah belahkan bangsa.
Bagi pendapat saya pula ,saya tidak setuju jika agama di pisahkan dengan politik seperti mana yang telah kita ketahui maksud islam itu sendiri yang di terangkan sebelum ini merupakan satu cara hidup yang sempurna,jadi sudah pasti ia bersangkutan dengan hal-hal pemerintahan,tatanegara dan semua hal yang berkaitan dengan cara hidup untuk menjadikan kehidupan yang sempurna.
Jika seseorang itu cuba memisahkan diantara agama dan politik ,maka individu tersebut adalah seorang yang berfahaman sekularisme. Sekularisme menurut buku manusia dan islam, jilid 3 yang dicoretkan oleh prof. dr. Haron Din semasa beliau mengetuai penulisan ini ialah ‘’fahaman yang memutuskan hubungan di antara agama dan dunia.kata akar sekularisme adalah sekular.krebudayaan mengisi kehidupan dunia. Agama untuk kehidupan akhirat,antara dunia dan akhirat di batasi dengan satu garis pemisah yang tajam, masing-masing mestilah berada dalam lingkarannya dan tidak boleh memasuki lingkaran lain. Agama tidak boleh memasuki perkara-perkara kebudayaan,sebaliknya kebudayaan tidak boleh memasuki perkara-perkara agama. Dalam sosial,ekonomi,politik,ilmu serta teknik dan seni jangan di bawa masuk ke dalam agama’’.
Antara manusia yang bertanggungjawab memasukkan fahaman sekularisme di dalam jiwa umat islam adalah kamal Ataturk.Pada tanggal 3 mac 1924 setelah beliau Berjaya memegang tampuk pemerintahan di turki apabila jatuhnya khalifah islam uthmaniah, antara perkara yang beliau lakukan adalah mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan Negara,mahkamah-mahkamah syariah di tutup. Inilah manusia yang bertanggunjawab membawa ideologi pemisahan antara agama dan politik.
kesimpulannya,pemisahan antara agama dan politik merupakan satu fahaman yang di bawa dari barat dan sangat bertentangan dengan islam.setiap individu yang memisahkan di antara agama dan politik merupakan individu yang mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan dunia tanpa hiraukan larangan agama.

azam,
ISM usuluddin,
UniSZA.

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''