bismillahhirrahmanirrahim..
assalamualikum unttuk semua pembaca yang sudi meruangkan masa untuk menatap seketika laman sesawangku ini..untuk entry kali ini penulis bukanlah ada idea sangat untuk di rekodkan di sini kerana agak sibuk dengan tugasan-tugasan lain..penulis terfikir bagaimanalah pemimpin-pemimpin gerakan islam membahagikan masa,dalam mereka berdakwah masih banyak kitab-kitab yang sempat mereka tulis,teringat kata-kata sahabat yang sering berpesan padaku "izz azizan aw mutt syahidan".begitulah mereka hidup dalam kemulian dan mati juga dalam kemulian yakni syahid fi sabilillah..itulah pemimpin-pemimpin gerakan ini perolehi kerana masa yang di bijak di uruskan sehingga dapat berkongsi ilmu dengan umat nabi yang lain.. sesungguhnya,beginilah sunnah orang berjuang..ilmu diutamakan,dakwah di teruskan dengan penuh yakin walaupun rintangan bakal menjemputnya di hadapan..
Sunnah Orang Berjuang
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
P/s: perjuangan bukanlah kerana nama,biarlah di keji,di caci,jika ianya kerana ALLAh, langkah yang sudah terarah tidak mungkin akan berundur!!
Lorong itu, bisa membuatkan diriku memikirkan siapa diriku, Lorong itu, yang menjunjung semangat pejuanganku, Lorong itu, memberi seribu makna erti sebuah kehidupan yang di hiasi dengan perjuangan, Lorong itu, walaupun berduri,bisa ku lalui di pentas perjuangan.
.: AHLAN WA SAHLAN :.
setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.
sahabat penulis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.:: SYUKRAN JAZILAN ::.
''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan