.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Sabtu, 12 Februari 2011

DAHI CECAH SEJADAH


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.... Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih. Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai, lalu dilaksanakanlah solat jenazah, dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah. Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput? sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian. Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat, usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad, menjadi makanan cacing dan makanan ulat Iringlah dirimu ke masjid. sebelum kamu diiringi ke pusara, tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’. Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan, sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan, Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi. Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan. namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan, Ingatlah di mana sahaja kamu berada, kamu tetap memijak bumi Tuhan, dan dibumbungi dengan langit Tuhan serta menikmati rezeki Tuhan. Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti, lalu menjadi segumpal darah, lalu menjadi seketul daging, lalu daging itu membalut tulang, lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti. Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya, sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya. ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu, yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu. Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat. lahirmu bukan untuk dunia, tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat. ingatlah yang kekal ialah amal, menjadi bekal sepanjang jalan, menjadi teman di perjalanan, guna kembali ke pangkal Tuhan. pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera, kondomunium, saham dan niaga, KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA
~feveret penulis bila dengar radio Ikim~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''