.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Ahad, 18 Julai 2010

Emak dan Abah ku


item pada kali ini,penulis akan berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan dua orang insan yang banyak berjasa pada penulis.merekalah insan yang selama ini menjadikan penulis seorang yang sekarang.iaitu arwah abah dan emak.sesungguhnya tidak terbalas dek penulis jasa dua insan ini dengan hanya mengabdikan kasih sayang mereka pada coretan penulis kali ini.
pada 14 julai yang lalu penulis telefon rumah nun jauh di perak untuk bercakap dengan emak penulis sebabnya pada tanggal inilah 14 julai hari kelahiran emak penulis dan juga arwah abah penulis.wah,yang menariknya emak dan arwah abah penulis mempunyai tarikh lahir yang sama,cuma umur yang berbeza di mana arwah abah lahir pada tahun 1947 dan emak 1955..jadi umur arwah abah jika masih ada pada hari ini mencecah 63 tahun dan emak 55 tahun.mungkin dari tarikh lahir arwah abah dan emak sudah menunjukkan keserasian mereka,apatah lagi di buktikan dengan kasih sayang yang mereka curahkan kepada penulis dan adik beradik penulis yang berjumlah 13 orang.
teringat penulis semasa penulis masih kecil,semasa penulis bersama abang penulis yang berkayuh basikal ketika pulang dari sekolah,terdapat dua orang pemuda cina yang sedang mengambil madu lebah dan mereka melarikan diri dengan motor apabila sekumpulan lebah menyerang mereka,kebetulan masa itu penulis dan abang penulis yang berkayuh basikal di situ menyebabkan sekumpulan lebah menyerang penulis dan abang penulis,mujurlah penulis sempat terjun ke dalam sungai berhampiran tetapi abang yang agak lambat terkena sengat lebah sebelum dia terjun ke sungai,sewaktu itu penulis masih ingat arwah abah yang sangat marah apabila tahu hal tersebut terus mencari 2 orang pemuda cina itu.tapi tidak di jumpai,penulis terkenang wajah arwah abah ketika itu yang sungguh marah pada cina terbabit kerana anaknya menjadi mangsa perbuatan cina itu,terpancar kasih sayang seorang abah di wajahnya.
penulis teringat jua bagaimana arwah abah yang memberi harapan yang tinggi kepada penulis supaya menjadi insan yang terpelajar,penulis pernah di ajar oleh arwah abah dalam subjek b.i.untuk pengetahuan pembaca arwah abah sangat fasih berbahasa inggeris.beliau juga seorang yang garang jika kita melihat tanpa mengenalinya,tetapi apabila sudah mengenalinya,beliau seorng yang peramah dan penuh dengan pengalaman hidup.sesungguhnya di hati penulis masih merindui arwah abah yang seringkali mendidik penulis dengan cara tersendiri,arwah abah menghembuskan nafas terkhir pada 29 disember 2004 jam 00.15 pagi di hospital taiping,3 hari selepas tsunami.ketika penulis brusia 14 tahun.
emak pula seorang yang sangat lembut,tetapi seorang yang tegas,teringat penulis semasa kecil-kecil dimana penulis sering kali bergaduh dengan adik. suatu ketika penulis menerajang adik penulis dan penulis di marahi emak.tiba-tiba tanpa di kawal penulis terus keluar dari rumah pada waktu malam sejurus di marahi emak,emak hanya membiarkan,tetapi rajuk penulis tidak kemana,penulis terus meminta maaf pada emak, begitulah ketegasan emak dalam mendidik penulis dari dulu hingga di saat ini, walaupan kadang-kadang emak dalam keadaan sedih mendidik anak-anaknya tanpa abah tersayang tapi emak tidak pernah jemu dalam mendidik dan memberi kasih sayang pada anak-anaknya.
saat yang paling gembira penulis bersama mereka ketika umur penulis 13 tahun di mana penulis bersama keluarga meraikan abang konvokesyen di UIA.di mana kami mengambil kesempatan untuk bercuti dan ronda-ronda di kuala lumpur.sesungguhnya penulis tidak akan lupa saat itu.selamat hari lahir emak dan abah,semoga emak di beri kesihatan yang baik dan bahagia selalu dan abah bahagia di alam yang setiap manusia akan laluinya apabila tiba masanya.

1 ulasan:

  1. salam,,bila bercakap tntg mak ayh,,mmg teramat tak terbalas jasa mereka,,nmun, smoga dgn adanya insan@ank2 yg soleh mmpu menghadiahkan doa2 agar arwah ditempatkn dikalangn para solehin,,smoga mmpu mjadi jundullah..mst gmbira ibu bpa..salam terus tegar..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''