.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Sabtu, 17 Julai 2010

bersediakah pemuda??


seteah sekian lama menyepi dari penulisan blog atau meng update blog..alhamdulillah pada hari ini penulis berkesempatan untuk memasukkan sedikit pengisian untuk di kongsi bersama sahabat-sahabat dan pembaca sekalian..seperti yang sering kita dengar yang penulis sendiri tidak jelas sumbernya,tidak silap kata-kata ulama' yang berbunyi "jika mahu melihat masa akan datang,lihatlah pemuda pada hari ini".ungkapan ini begitu besar maknanya yang mana setiap orang dari kita dapat memikirkan keadaan akan datang dengan hanya melihat pemuda pada hari ini.mungkin ini strategi Paul iaitu sotong psikik,yang dikatakan telah meramalkan sepanyol untuk memenangi piala dunia baru-baru ini.
pemuda merupakan satu generasi yang mempunyai daya ingatan dan fizikal yang kuat,lazimnya di zaman inilah seseorang akan di kawal ketat oleh syaitan-syaitan yang sedaya upaya menyesatkan manusia.disamping itu ketika zaman inilah tahap kemuncak kekacakan atau keayuan setiap pemuda.biasanya di zaman ini jugalah seseorang individu itu mengumpul banyak dosa.
namun begitu,tidak di nafikan terdapat banyak juga individu pada zaman ini tidak hayut pada zaman mudanya kerana individu ini berjaya melepaskan diri dari cengkaman syaitan.
pemuda yang ini merupakan pemuda yang kuat beribadat kepada Allah dengan seikhlas yang mungkin seperti mana firman Allah yang bermaksud:
"sesungguhnya solat itu dapat mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar"
dengan ibadat yang ikhlas seseoramg pemuda itu bkan sahaja amalan pahalanya bertambah,bahkan dirinya akan berasa lemah untuk mengikut hawa nafsu dan juga melakukan maksiat kerana pemuda akan merasakan dirinya hanya patut mendapat redha Allah taala.
selain itu pemuda ini merupakan seorang yang sanggup berkorban hanya di jalan Allah,pemuda ini menghabiskan masanya hanya dengan berdakwah kerana pemuda ini percaya bahawa setiap kerjanya atas nama Allah akan di bantu..seperti firman Allah dalam surah muhammad yang bermaksud:
"wahai orang-orang yang beriman,jika kamu membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukanmu"
begitulah pemahaman seorang pemuda terhadap islam yang sanggup berkorban hanya untuk islam,di sinilah mudah-mudahan pemuda ini mendapat pertolongan daripada Allah dalam segala hal.teringat penulis akan kata-kata As-syahid imam hasan Al-banna yang berbunyi:
"berikan aku 300,yang mana di dada mereka sarat dengan ilmu pengetahuan,hati mereka berkilauan dengan sibahan cahaya rohani,jasad mereka terlatih,maka ketika itu kamu ajaklah aku untuk menembusi langit tujuh lapisan,menembusi bumi tujuh petala,menghancurkan kepala penjajah,aku sanggup"
tetapi pada hari ini penulis merasakan masih belum cukup untuk mengumpukan jiwa-jiwa dan fizikal pemuda seperti itu.ramai pemuda pada hari ini masih berada di lorong-lorong gelap,di atas motor2 yang menjadi keranda buat mereka,pusat2 hiburan dan macam-macam tempat-tempat pelik pada hari ini yang tumbuh bagaikan lalang..justeru siapakh pemuda yang bisa menjadi tentera yang di maksudkan oleh asy-syahid??bukankah kita orangnya???bersediakah kita sebagai pemuda??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''