.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Jumaat, 27 Julai 2012

Super Taqwa!



Assalamualaikum ..
Alhamdulillah,sudah sekian lama,akhirnya hamba di beri sedikit ruang dan peluang oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu perkongsian dengan sahabat pembaca sekalian.semoga sahabat pembaca dalam keampunan dan rahmat Allah.sebelum hamba pergi lagi jauh,bertepatan dengan bulan barakah,hamba mendoakan hamba dan sahabat semua dapat menjalani ibadat puasa dengan keimanan yang sentiasa segar.
Ramadhan tahun ini,hamba menjalani ibadat puasa ‘full time’ di rumah,setelah hampir  9 tahun tidak dapat puasa ‘full’ di kampong halaman.Alhamdulillah,hari-hari di rumah sangat menerujakan hamba, masakan mak hamba yang sentiasa menaikkan selera,inilah air tangan seorang ibu yang memasak dengan ‘hati’,with’ iman’.Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mak hamba dan ibu-ibu sahabat semua.

Ramadhan ,
Namamu sering di sebut,
Tanda iman tidak luput,
Hadirmu sering di jemput,
Itulah rahmat yang tidak pernah reput,
Ramadhan
Hadirmu bukan sekali seumur hayat,
Tanda iman perlu ditingkat,
Ibadah sunat terus diangkat,
Pelembut hati menghidup berkat.

Seperti tahun sebelum ini ,penghayatan dan tema  Ramadhan bukanlah berubah seperti tema kemerdekaan Negara yang sentiasa berubah dari tahun ke tahun sehinggakan tema yang tidak masuk akal terpancul, tetapi penghayatan Ramadhan adalah sama dari tahun ke tahun,amalan dalam ramadhan juga tetap sama dari dulu,sekarang , dan tahun hadapan hatta “yaumul qiyamah” seperti puasa,dhuha, terawih,qiam,tadarus kerana Al-Quran tidak pernah berubah. Hamba yakin pembaca juga sedar setiap tahun penghayatan Ramadhan menuju kearah  ketaqwaan seperti dalam firman Allah agar menjadi orang yang bertaqwa.
Namun,bukanlah hamba menyarankan pembaca terus berada di tahap ibadat yang sama, tetapi hamba ingin membawa pembaca agar pergi lebih jauh dari itu,Ketaqwaan, seperti yang di ajar dari bangku sekolah lagi,Taqwa dari istilahnya adalah berserah  pada Allah.ya!Hamba mahu mengajak diri hamba dan kalian menjadi individu yang paling bertaqwa,tidak sama taqwa kita pada Ramadhan ini berbanding Ramadhan sebelum-sebelum ini.nah!inilah yang hamba mahu kita sama-sama fikirkan.
Dalam perjuangan menjadi individu yang bertaqwa,kita perlu tahu ketaqwaan juga ada tingkatnya sama seperti tahap orang yang berkorban untuk agama,ada yang hanya tahap  korban pemikiran sahaja walaupun mampu lebih dari itu,ada juga yang tahap mampu mengorbankan pemikiran dan wang ringgit tanpa mahu mengorbankan tenaga,ada juga tahap  yang mengorbankan segala-galanya demi islam tercinta, begitu juga taqwa,ada orang yang bertaqwa dalam beberapa perkara sahaja dan ada juga orang yang bertaqwa secara ‘total’. Inilah lanskap ketaqwaan yang perlu kita nilai dari Ramadhan ke Ramadhan yang lain,adakah Ramadhan kian berlalu,namun tahap ketaqwaan kita masih di tahap lama waima acap tahun melalui Ramadhan yang sama, apakah tertunai ‘Target’ penghayatan Ramadhan kita agar menjadi orang yang bertaqwa. Sahabat biarlah kita jadi ‘Super Taqwa’ dan pasti kian tahun Taqwa kita akan terus bercambah.

Ramadhan terus meniti hari,
Menyemai Taqwa di dalam diri,
Amalan sunat penambah seri,
Super Taqwa iltizam di hati.

Azam,
Kuala kangsar
27/7/12,8.30 pagi.

Sabtu, 7 Januari 2012

kisah si penggali kubur




"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN

(diceritakan sendiri oleh Tok Johar)
komen penulis:
penulis tidak ketahui kisah ini benar atau palsu tetapi yang pasti setiap insan akan melalui alam ini,itu aqidah kita sebagai muslim.jadi kita perlu bersedia..sediakan diri mu,keluargamu dan orang kelilingmu dari azab kubur yang penulis berpendapat lagi azab/seksa dari apa yang anda baca sebentar tadi..ingat kematian datang tidak di pinta dan di ketahui,kadang-kadang mati dalam keadaan sedang kukuh iman dan ada mati dalam iman yang tipis,..jika tidak hari ini esok,tidak esok minggu depan,tidak minggu depan,bulan depan,tidak bulan depan tahun depan..kita PASTI MATI,,berdoalah untuk dapatkan husnul katimah(pengakhran yang baik)...

Ya Allah..tempatkan hambamu ini,ibu bapaku,ahli keluargaku,saudaraku, di tempat orang-orang beriman dan jauhikan kami dari azab kubur yang sangat dasyat pedihnya.. amin.



sumber:
http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-02-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

Ahad, 30 Oktober 2011

Hanya sahabat




persahabatan bukan hanya di bibir,
persahabatan bukan hanya sering bersama,
persahabatan bukan hanya menyelamatkan,
ketahuilah,persahabatan bermula di hati,
lantas,tindak tanduk mencerminkan persahabatan..
aku tahu,aku tidak bisa mendapatkan sahabat sesetia Abu Bakar
bersama Rasulullah ketika hijrah..
tidak pula bisa mendapat sahabat seperwira umar
pertahankan rasulullah dalam banyak agenda dakwah..
apatah lagi mendapat sahabat seberani uthman
menjadi utusanRasulullah sehingga tercetus bai'ah ridwan..
mana mungkin akan ku dapat sahabat setaat Ali
pertaruh nyawa tidur di katil rasulullah di malam hijrah..
namun..walaupun aku tidak berhak mendapat persahabatab seperti itu,
aku masih menharap sahabat yang menunjukkan ku jalan yang benar,
tidak mungkin seperti saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali..
cukuplah sekadar kata-kata nasihat dari insan bergelar SAHABAT.

r_zam
31/10/2011
2.32a.m

Pemisahan Agama Dan Politik

Pemisahan di antara agama dan politik bukanlah suatu isu baru dalam Negara atau pun di negara-negara luar. Banyak forum di adakan di dalam dan luar negara bagi membincangkan isu ini kerana ianya merupakan satu isu yang besar.
Sebelum saya membahaskan pandangan saya tentang isu ini,lagi manis sekiranya saya bawakan dulu maksud politik, agama dan pandangan seorang individu yang berpengaruh pada zamannya.
Politik seperti mana yang telah saya pelajari merupakan satu ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah iaitu ilmu tatanegara yang berkaitan dengan sistem pemerintahan manakala agama yang saya maksudkan di sini adalah islam.Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna,segenap bidang kehidupan dilihat perlu bergerak secara integrasi,holistic dan dinamik,tiada pemisahan antara dunia dan akhirat.
Di mesir, seorang menteri yang mengawal institusi-institusi agama pada tahun 1925 iaitu syeikh Ali Abdul Raziq mengatakan di dalam sebuah kitab karangannya yang bertajuk al-islam wa usul al-hukmi menegaskan bahawa dalam kehidupan orang islam ,mereka boleh mengambil apa-apa dasar dalam kehidupan,islam tidak rigid atau tegas dalam perkara ini tetapi islam rigid dalam perkara ritual yang bersangkutan dengan tuhan dan arkan al-islam sahaja. Ini menunjukkan bahawa syeikh Ali Abdul Raziq seorang yang setuju akan pemisahan agama dan politik kerana membenarkan apa-apa dasar di ambil dalam pemerintahan kecuali yang berkaitan ibadat.
Di Malaysia pula kita dapat lihat pandangan yang berbeza di antara dua buah parti yang besar iaitu PAS dan UMNO. Bagi PAS, tidak salah mencampur adukkan antara agama dan politik manakala UMNO pula sebaliknya,tidak membenarkan politik dan agama di campur adukkan kerana menganggap ianya boleh memecah belahkan bangsa.
Bagi pendapat saya pula ,saya tidak setuju jika agama di pisahkan dengan politik seperti mana yang telah kita ketahui maksud islam itu sendiri yang di terangkan sebelum ini merupakan satu cara hidup yang sempurna,jadi sudah pasti ia bersangkutan dengan hal-hal pemerintahan,tatanegara dan semua hal yang berkaitan dengan cara hidup untuk menjadikan kehidupan yang sempurna.
Jika seseorang itu cuba memisahkan diantara agama dan politik ,maka individu tersebut adalah seorang yang berfahaman sekularisme. Sekularisme menurut buku manusia dan islam, jilid 3 yang dicoretkan oleh prof. dr. Haron Din semasa beliau mengetuai penulisan ini ialah ‘’fahaman yang memutuskan hubungan di antara agama dan dunia.kata akar sekularisme adalah sekular.krebudayaan mengisi kehidupan dunia. Agama untuk kehidupan akhirat,antara dunia dan akhirat di batasi dengan satu garis pemisah yang tajam, masing-masing mestilah berada dalam lingkarannya dan tidak boleh memasuki lingkaran lain. Agama tidak boleh memasuki perkara-perkara kebudayaan,sebaliknya kebudayaan tidak boleh memasuki perkara-perkara agama. Dalam sosial,ekonomi,politik,ilmu serta teknik dan seni jangan di bawa masuk ke dalam agama’’.
Antara manusia yang bertanggungjawab memasukkan fahaman sekularisme di dalam jiwa umat islam adalah kamal Ataturk.Pada tanggal 3 mac 1924 setelah beliau Berjaya memegang tampuk pemerintahan di turki apabila jatuhnya khalifah islam uthmaniah, antara perkara yang beliau lakukan adalah mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan Negara,mahkamah-mahkamah syariah di tutup. Inilah manusia yang bertanggunjawab membawa ideologi pemisahan antara agama dan politik.
kesimpulannya,pemisahan antara agama dan politik merupakan satu fahaman yang di bawa dari barat dan sangat bertentangan dengan islam.setiap individu yang memisahkan di antara agama dan politik merupakan individu yang mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan dunia tanpa hiraukan larangan agama.

azam,
ISM usuluddin,
UniSZA.

Jumaat, 29 April 2011

Redhai perpisahan ini.


bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang di berikan kepada hamba-Nya yang seringkali melakukan kemungkaran dan lalai daripada mengingatinya..penulis sangat bersyukur pada Allah atas nikmat masa dan kerajinana yang di berikan pada penulis untuk teruskankan menulis dan menulis.. menulis ini bisa di kira amalan soleh jika jalannya benar,tulisannya benar bahkan menjadi medan dakwah kepada si penulis,semoga tulisan kali ini bernilai ibadah [bak kata ust firdaus]..
kali ini penulis hanya menceritakan tentang cerita-cerita perpisahan[la tahzan:)] kerana kini sudah hari-hari terakhir penulis menuntut ilmu di terengganu,sudah tiga tahun di bumi terngganu,sudah pastinya banyak pengalaman yang penulis dapat di negeri persisir pantai ini,tidak pasti lagi kemana selepas ini samada masih sambung belajar di negeri ini atau sebaliknya.setiap pertemuan sudah pastinya tercipta perpisahan,lantaran pastikan perpisahan ini terjadi dalam keadaan di redhai Allah. ingin sekali penulis menyingkap sirah nabi bagaimana sedihnya nabi s.a.w bersedih di saat kewafatan isteri tercinta khadijah..
jika di amati,kewafatan khadijah telah memberikan impak yang besar kepada nabi s.a.w kerana sehidupnya nabi s.a.w di medan dakwah ketika itu,didokong oleh khadijah sebagai sayap kiri perjuangan nabi s.a.w. sehingga tahun kewafatan khadijah di namakan tahun kesedihan,sudah terbayang kita akan kesedihan yang melanda pada diri Rasulullah ketika itu,sesungguhnya khadijah merupakan isteri yang paling di sayangi nabi,juga isteri yang membawa zuriat kepada nabi s.a.w, juga isteri yang banyak mententeramkan nabi s.a.w.tetapi begitulah di tetapkan Allah,nabi s.a.w redha dengan perpisahan yang tercipta.bahkan rasulullah tetap meneruskan dakwah baginda, tertarik penulis akan kata-kata khadijah kepada Rasulullah s.a.w ketika mencari redha dan dakwah dalam perpisahan,ketika menanti saat-saat kematian khadijah terbaring dalam keadaan tidak terdaya dan berkata kepada suami tercinta mafhumnya "kini aku sudah tidak mampu untuk membantu agama ini dengan khudratku,jika boleh kau ambil tulang-tulangku untuk di jadikan senjata perang,kau ambillah selepas pemergianku" begitulah hebatnya perpisahan yang tercipta dari kekasih Rasulullah s.a.w.
penulis merasakan dalam kita meraikan perpisahan,tidak perlu kepada kita untuk mengikut budaya barat seperti yang berlaku pada hari ini,perlunya berfesyen barat dan memperagakan pakaian tidak cukup kain sehingga menampak kan aurat si pemakai,penulis sering melihat sehingga ada yang tidak memakai tudung walhal di kelas memakai tudung,mewarnakan rambut,memakai rambut palsu,bermakeup,pergaulan tidak terjaga dan sebagainya.seolah-olah menjadikan program yang halal kepada haram.tidak salah berjamuan,ber'anual dinner' mengikut tema jika mengikut hukum-hukum dan ikhtilat terjaga, namun,apa yang di lihat amatlah mendukacitakan.
sebetulnya kita perlu memperbetulkan kembali cara perpisahan kita dengan cara yang di redhai Allah.lakukanlah agar mana orang akan sentiasa mengingati kita walaupun sudah berpisah lama lantaran perpishan tercipta atas redha Allah. semoga Perpisahan penulis dan sahabat-sahabat merupakan perpisahan yang di redhai seperti mana perpisahan Nabi Muhammad s.a.w dan khadijah.
~terima kasih kawan-kawan atas jamuan yang ringkas tapi meriah, semoga perpisahan kita di redhai Allah.
~terima kasih juga atas hadiah yang cantik(*_^)

Selasa, 26 April 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah dari satu perspektif lain

Ya, saya menonton muvi seperti ini,kerana mungkin kebanykan tempat pengmbaraan filem di kampung saya or sekitar kampung saya di kuala kangsar.

antara dialog menarik,
Kalau kita ingat orang, orang akan ingat kita. Sebab itu dia datang cari kita.

Itu adalah tagline yang ada dalam cerita HKLBR yang kurang disebut di mulut berbanding, “Kita bakor aje” yang di popularkan oleh Usop Welcha atau “cer citer” atau lagu Solei Solei. Tetapi itu adalah mesej utama dalam cerita ini.

Jika hendak menilai, saya mengkelaskan HKLBR sebagai cerita parodi. Sebuah filem untuk mengkritik filem-filem hantu yang bergentayangan banyak di layar perak dan DVD. Untuk saya sendiri, saya menyama tarafkan filem ini dengan filem The Da Vincci Code yang dibodohkan ke tahap penduduk Kampung Pisang.

Dalam Da Vincci Code, tagline yang selalu diulang oleh Sir Leigh Teibeig ialah, “We see what we want to see” perkara yang sama diulang dalam Hantu Kak Limah.

Kak Limah adalah seorang pesakit gila yang terlepas lari dari wad. Yang penduduk kampung sudah hilang peduli pada golongan seperti dia, iaitu golongan tua yang tinggal sendirian. Oleh hanya kerana luaran Kak Limah yang tidak terurus, orang menyangka dia sebagai hantu yang kerjanya untuk menyakat orang kampung.

Oleh kerana penduduk Kampung Pisang disakat oleh Zombie sebelum ini, sentimen hantu puaka masih menebal. Oleh kerana mereka mahu melihat Kak Limah seperti hantu, Kak Limah dinisbahkan sebagai hantu (we see what we want to see). Dalam hal ini seluruh kampung dibodohkan dengan lembaga yang tidak ada, tetapi diada-adakan oleh persepsi sendiri.

Ini filem parodi bergenre komedi sarat kritik yang membina. Saya menyorotnya setaraf masterpiece yang dibikin P Ramlee. Filem P Ramlee yang sarat kritik terhadap politik, sosial, budaya, kebodohan, kesombongan, kebejatan dilembutkan dengan adegan-adegan komedi bersahaja. Tetapi dalam Hantu Kak Limah, komedi yang telah dikareograf (ala ala gaya Stephen Chow Sin Chee) tetapi tetap menjentik hati untuk terus bergelak ketawa.

Filem ini mengkritik budaya Melayu yang telah luput prihatin kepada orang tua yang tinggal bersendirian. Turut mengetengahkan tentang obses orang Melayu tentang hantu dan puaka, dikaitkan dengan percaya pada bomoh dan jampi serapah, tentang kepimpinan iaitu pemimpin-pemimpin yang telah tua tetapi masih bernafsu menjadi ketua sedang ada pelapis muda yang berkelayakan, tentang kesukaan orang Melayu duduk di kedai kopi bersembang dan bergebang sampai ke pagi, tentang mentaliti rendah dan meninggalkan budaya intelektual yang akan memacu perubahan bangsa, juga tentang betapa melulu menjatuh hukuman sedang kita belum benar-benar pasti. Seperti usul Usop Welcha dalam mesyuarat tergempar Kampung Pisang, “Kita bakor je”.

Banyak. Jika untuk diteliti satu persatu, saya sendiri tidak mampu.

Hantu Kak Limah adalah filem kritik pada bangsa Melayu. Yang kita sendiri bergelak ketawa melihat setiap satu jalinan komedinya yang kemas, dalam tidak sedar mentertawakan kita sendiri.

Dalam musim pilihanraya sekarang ini (meski sudah pun berakhir), HKLBR punya mesej yang tepat. Namun kita hanya memerhati, jika betul tranformasi itu akan benar-benar terjadi.

…atau hanya salah satu rakaman filem untuk janji di musim pilihanraya.

sumber:http://wadikita.blogspot.com/

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''