.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Isnin, 24 Mei 2010

Mencari Syurga Dalam Senang


Di ceritakan pada suatu malam.seorang raja bernama Ibrahim Adham,sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya..sementara menunggu melelapkan mata..tiba-tiba terdengar bunyi bising seperti ada sesuatu di atas siling istananya..makin lama makin jelas bunyinya..
"siapa di atas tue?"bentak Ibrahim.
"saya,pengembala kambing"sahut suara dari atas.
"apa kamu buat di atas istanaku"tanya Ibrahim
"aku sedang mencari kambingku yang hilang"jawab suara itu.
"cis,pelik sungguh,masuk akalkah kau mencari kambing kau di atas istana ku"
dengan tegas suara itu menjawab"Adakah pelik kalau kau inginkan keredaan Allah dengan kau bersenang-senang di atas tilam empuk mu?itu sama sahaja b=dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!"
selepas insiden itu Ibrahi adham tersedar daripada kelalaiannya.suara itu menyedarkan kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja tanpa memikirkan kesusahan rakyat.
tidak lama selepas itu beliau melepaskan jawatan kepada orang kepercayaannya,manakala beliau sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seoranfg sufi.bertahun-tahun beliau berjuang mendidik diri,darjat ketakwaan semakin meningkat.sehingga terkenal waliullah yang tersohor..Ibrahim Adham..
sahabat,tiada jalan mudah atau pintas nak cari syurga Allah,Bersusah payahlah di dunia yang sementara ini,agar di Akhirat,kita sama-sama dapat menikmati Indahnya syurga yang kita kekal di dalam nya..teruskan mara dalam bara perjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''