.: AHLAN WA SAHLAN :.

setiap insan punya kesukaan sendiri dalam kehidupan,sama sepertiku,penulisan merupakan antara kesukaanku,aku tidak ketahui,Ramaikah orang yang menyukai penulisanku.Namun yang pasti,jika tiada kebatasan waktu bisa ku penuhi kesukaanku ini agar dari penulisan yang buruk bisa diperbaiki.

sahabat penulis

Jumaat, 27 September 2013

Wilayah akhlak



Assalamualaikum w.r.t
Dalam menjalani rutin kehidupan seharian,kita sudah pasti akan sentiasa bermuamalat dengan individu/makhluk yang lain samada kenalan,guru,ibu bapa,saudara mara ataupun sesiapa sahaja,bahkan jika duduk keseorangan di dalam hutan juga,ada tuntutan muamalat di situ meskipun dengan haiwan dan tumbuhan.bermaksud,sebagai seorang manusia ,faktor sekeliling kita adalah yang menjadi membentuk kita tidak kira samada anda seorang muslim atau sebaliknya.


Sebagai seorang muslim sebenarnya,islam mengajar kita cara-cara bermuamalat dengan manusia,haiwan dan tumbuhan.inilah yang di sebutkan sebagai akhlak.akhlak sangat penting dalam menilai sesuatu kehidupan seseorang,andai rosak akhlaknya maka apalah yang dapat di harapkan lagi dari jasad yang gagah.keindahan yang di bawa islam bukanlah sekadar syariatnya yang adil dan menyeluruh,bahkan keindahan islam dapat di cerminkan daripada umatnya yang berakhlak.
Berakhlak kepada manusia memungkinkan kita untuk menjadi ikon kepada umat agama lain,bayangkan andai dengan guru kita hormati,dengan si ibu kita berlembut,dengan si bapa kita menunduk hormat,dengan kenalan berbual lembut.apakah lagi ada nilai lain yang menyebabkan si guru,si ibu,si bapa dan kenalan memandang enteng terhadap kita?
Rasulullah sebagai ‘ibu’ kepada Akhlak mulia telah menjadi contoh kepada kita tentang keperibadian yang tinggi menghasilkan dakwah yang berkualiti,banyak kisah dalam sirah nabawi bagaimana nabi s.a.w sangat berakhlak walaupun ketika baginda s.a.w memerintah sebuah kerajaan.Pernah suatu ketika dating seorang arab badwi menarik kain rida’/shawl baginda sehingga menimbulkan kesan merah di leher baginda,lelaki badwi itu menuntut sesuatu daripada baginda,bahkan baginda menunaikan tuntutan tersebut tanpa membalas sikap keras orang badwi tersebut.Nah,inilah akhlak mulia yang di tunjukkan nabi s.a.w.
Islam juga menitik berat soal berakhlak dengan selain manusia seperti haiwan dan tumbuhan,haiwan dan tumbuhan juga merupakan makhluk yang bernyawa dan mempunyai hak yang perlu dipelihara oleh manusia.Inilah agama islam yang sangat teliti dalam akhlak,apakah ada lagi hujah yang boleh di buat untuk menyatakan islam agama ‘therorist’ sedangkan hal berkenaan haiwan dan tumbuhan pun di pelihara,apatah lagi nyawa manusia.berakhlak dengan haiwan dan tumbuhan juga memungkinkan seseorang mencapai ‘Jannah’ seperti sebuah kisah seorang yang masuk syurga hanya kerana memberi  air pada seekor anjing yang dahaga.Nabi s.a.w juga menunjukkan sebuah teladan yang sangat baik dalam berinteraksi dengan tumbuhan dan haiwan seperti kisah pohon kurma menangis apabila nabi s.a.w tidak lagi berkhutbah dengan memegangnya lantaran mimbar baru yang di gunakan nabi s.a.w,bahkan begitu banyak kisah yang dapat di teladani dalam berakhlak pada haiwan dan tumbuhan.
Percayalah teman,andai kita mahu menggoncang dunia untuk membawa kalimah Allah,bermulalah dengan akhlak yang terpuji.Sudah jelas,manusia mencintai kebaikan dan kecantikan,justeru,akhlak yang terpujilah sebuah kebaikan dan kecantikan.Bahkan lebih dari itu, islam akan lebih tersebar dengan akhlak yang Berjaya membawa ummatnya kesebuah ‘Wilayah akhlak’ yang pasti dirindui oleh manusia yang waras akalnya!

azam adam,
Gong badak,terengganu
28/9/2013,12.30pagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

.:: SYUKRAN JAZILAN ::.

''Perjuangan belum berakhir,Andainya jasad dikuburkan,tinggalkan ruh perjuangan pada generasi akan datang agar nasih ada yang sudi meneruskan perjuangan yang di penuhi mehnah ini.Namun,ia sangat manis bagi setiap pejuang''